Perubahan persepsi, psikologi dan komunikasi pelajar program Student Development Group (SDG) di Universiti Utara Malaysia

Isu-isu yang berkaitan dengan pembangunan akademik dan sahsiah pelajar sememangnya menjadi tumpuan utama institusi pengajian tinggi di Malaysia kerana ini merupakan hasrat negara membangunkan tenaga kerja yang berkualiti.Hal yang sama juga menjadi tumpuan Universiti Utara Malaysia.Untuk memantapkan...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Yusoff, Nuraini, Mustaffa, Che Su, Ahmad, Mohd Khairie, Ahmad, Ainal Akmar, Mohmad Yazam, Siti Syamsul Nurin, Yahya, Maizatul Azura
Format: Monograph
Language:English
Published: Universiti Utara Malaysia 2014
Subjects:
Online Access:http://repo.uum.edu.my/14398/1/SDG.pdf
http://repo.uum.edu.my/14398/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Isu-isu yang berkaitan dengan pembangunan akademik dan sahsiah pelajar sememangnya menjadi tumpuan utama institusi pengajian tinggi di Malaysia kerana ini merupakan hasrat negara membangunkan tenaga kerja yang berkualiti.Hal yang sama juga menjadi tumpuan Universiti Utara Malaysia.Untuk memantapkan lagi sistem yang sedia ada, pihak UUM telah melaksanakan program Self-Development Group (SDG), satu sistem hubungan pelajar dan pensyarah yang berbeza paradigma daripada sistem mentoring dan tutorial.Program ini telah berjalan selama lima tahun.Sehubungan itu, kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti sumbangan program SDG kepada kemahiran insaniah pelajar.Pemboleh ubah yang dikaji ialah persepsi pelajar terhadap SDG, psikologi penghargaan kendiri, kekhuatiran komunikasi dan keyakinan bertutur dalam bahasa Inggeris berdasarkan jantina, penglibatan dalam kokurikulum dan tempat tinggal responden. Kaedah eksperimen digunakan bagi kajian ini dan data dikumpulkan melalui pengedaran borang soal selidik kepada dua kumpulan, iaitu kumpulan rawatan yang terdiri daripada 684 orang pelajar Universiti Utara Malaysia yang mengikuti program SDG dan kumpulan kawalan terdiri daripada 552 orang pelajar Universiti Sains Malaysia.Dapatan kajian mendapati bahawa faktor demografi umumnya tidak menunjukkan perbezaan yang signifikan dengan aspek tanggapan terhadap SDG, psikologi penghargaan kendiri, kekhuatiran berkomunikasi dan keyakinan bertutur dalam bahasa Inggeris.Kajian ini juga menunjukkan bahawa faktor penglibatan dengan kegiatan kokurikulum tidak mempunyai perbezaan yang signifikan dengan kesemua pemboleh ubah bersandar kecuali bagi kumpulan kawalan. Faktor tempat tinggal pula didapati menunjukkan perbezaan dari segi tanggapan terhadap SDG bagi keduadua kumpulan.Hasil kajian menunjukan pemboleh ubah bebas, iaitu psikologi penghargaan kendiri, kekhuatiran berkomunikasi dan keyakinan bertutur dalam bahasa Inggeris mempunyai hubungan yang signifikan dengan persepsi terhadap SDG bagi kedua-dua kategori responden.Justeru, program SDG atau program intervensi dapat dilaksana untuk pelajar di UUM dan juga di institusi pengajian lain untuk meningkatkan kemahiran insaniah pelajar. Hal ini sejajar dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan di samping mencapai hasrat Kementerian Pengajian Tinggi untuk memantapkan kemahiran ini dalam kalangan mahasiswa.