Penentuan keanjalan permintaan produk minyak kelapa sawit: Implikasi kepada polisi pengeluaran

Kajian ini dijalankan untuk menganggarkan keanjalan permintaan harga minyak kelapa sawit, keanjalan silang, keanjalan pendapatan penggunaan dan kecenderungan mengimport marginal (MPM) minyak kelapa sawit.Kajian ini menggunakan data siri masa iaitu dari tahun 1980 hingga tahun 2010 dengan menggunakan...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Maamor, Selamah, Golam Hassan, Asan Ali
Format: Monograph
Language:English
Published: Universiti Utara Malaysia 2012
Subjects:
Online Access:http://repo.uum.edu.my/14358/1/palm%20oil.pdf
http://repo.uum.edu.my/14358/
http://lintas.uum.edu.my:8080/elmu/index.jsp?module=webopac-l&action=fullDisplayRetriever.jsp&szMaterialNo=0000785293
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini dijalankan untuk menganggarkan keanjalan permintaan harga minyak kelapa sawit, keanjalan silang, keanjalan pendapatan penggunaan dan kecenderungan mengimport marginal (MPM) minyak kelapa sawit.Kajian ini menggunakan data siri masa iaitu dari tahun 1980 hingga tahun 2010 dengan menggunakan data bahan mentah pengeluaran produk minyak tersebut.Kajian menggunakan regresi mudah (OLS) untuk mengira pekali keanjalan penggunaan dan mengimport bersandar kepada pendapatan negara. Hasil dapatan kajian yang diperoleh mendapati bahawa keanjalan permintaan harga bagi minyak kelapa sawit menunjukkan ia adalah barang perlu. Begitu juga dengan keanjalan pendapatan penggunaa yang menunjukkan implikasi yang sama.Selain itu, minyak biji sawi, kelapa dan lelemak haiwan menunjukkan ia adalah barang pengganti kepada minyak kelapa sawit.Manakal kecenderungan mengimport tidak dapat ditentukan dalam kajian ini.Oleh itu, harga minyak masak kelapa sawit ini perlu sentiasa dipantau oleh kerajaan.Selaku pengeluar minyak masak kelapa sawit yang terbesar di dunia, adalah penting bagi Malaysia untuk mempertahankan kedudukan ini.Persaingan daripada minyak masak sayuran yang lain menyebabkan MPOB dan agensi-agensi yang berkaitan perlu sama-sama bekerjasama meningkatkan lagi mutu keluaran minyak sawit ini di pasaran.Teknologi-teknologi terkini digunakan bagi meningkatkan lagi nilai tambah produk berasaskan kelapa sawit ini.Pengguna juga perlu turut membantu membeli minyak masak dari jenis kelapa sawit. Minyak masak berasaskan lemak haiwan adalah tidak digalakkan kerana ianya kurang baik untuk kesihatan.