Keberkesanan cuti hari sabtu pertama dan ketiga dalam membangunkan industri pelancongan domestik negara: Kajian kes pekerja-pekerja di negeri-negeri Utara Semenanjung
Industri pelancongan negara berkembang pada kadar yang amat memberangsangkan pada setiap tahun.Namun demikian, pergantungan kepada kedatangan pelancong asing menjadikan industri ini amat rapuh memandangkan kedatangan mereka ke negara ini amat dipengaruhi oleh sentimen dan isu-isu sensitif seperti Pe...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Monograph |
Language: | English |
Published: |
Universiti Utara Malaysia
2007
|
Subjects: | |
Online Access: | http://repo.uum.edu.my/14356/1/JPI.pdf http://repo.uum.edu.my/14356/ http://lintas.uum.edu.my:8080/elmu/index.jsp?module=webopac-l&action=fullDisplayRetriever.jsp&szMaterialNo=0000795387 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Industri pelancongan negara berkembang pada kadar yang amat memberangsangkan pada setiap tahun.Namun demikian, pergantungan kepada kedatangan pelancong asing menjadikan industri ini amat rapuh memandangkan kedatangan mereka ke negara ini amat dipengaruhi oleh sentimen dan isu-isu sensitif seperti Perang Teluk II, wabak SARS, pengeboman Bali dan Jakarta dan sebagainya.Keadaan ini telah
membuatkan kerajaan berusaha untuk mengembangkan sektor pelancongan domestik kerana ia mempunyai potensi besar untuk memajukan industri pelancongan secara keseluruhannya.Pewartaan hari Sabtu pertama dan ketiga sebagai hari cuti umum merupakan satu usaha serius pihak kerajaan untuk menggalakkan rakyat Malaysia bercuti di dalam negara di samping kempen-kempen seperti Cuti-Cuti Malaysia, Karnival Jualan Mega, Citrawarna Malaysia, Pesta Buah-Buahan Tempatan dan sebagainya.Kajian ini dijalankan bertujuan untuk melihat samada hari cuti Sabtu pertama dan ketiga telah digunakan oleh
kakitangan kerajaan untuk pergi melancong.Kajian ini juga dijalankan untuk melihat faktor-faktor yang menjadi penghalang kepada kakitangan
kerajaan untuk pergi melancong pada hari-hari Sabtu tersebut.Kajian ini telah dijalankan di tiga negeri Utara Semenanjung iaitu Kedah, Perlis dan
Pulau Pinang dan telah melibatkan sejumlah 400 orang responden dari ketiga-tiga negeri tersebut.
Hasil penganalisaan mendapati lebih dari separuh kakitangan kerajaan yang terlibat dalam kajian ini telah memanfaatkan cuti tersebut untuk pergi
melancong.Dan kajian ini juga mendapati bahawa halangan utama untuk kakitangan kerajaan pergi melancong ialah “kekangan masa” dan diikuti
oleh faktor “ingin berehat bersama keluarga di rumah”. |
---|