Kempen politik: Dari reformasi kepada cyber democracy

Pilihan raya umum Malaysia pada tahun 1999 mencatat sejarah tersendiri apabila buat pertama kalinya internet digunakan sebagai medium untuk berkempen, lanjutan daripada penggunaan internet oleh penyokong reformasi pada tahun 1998.Kertas ini bertujuan membincangkan kempen politik melalui internet pa...

全面介绍

Saved in:
书目详细资料
Main Authors: Mohd. Zain, Zawiyah, Yusoff, Moharnrnad Agus
格式: Conference or Workshop Item
语言:English
出版: 2014
主题:
在线阅读:http://repo.uum.edu.my/13959/1/A.PDF
http://repo.uum.edu.my/13959/
http://www.iaha2014.uum.edu.my/
标签: 添加标签
没有标签, 成为第一个标记此记录!
实物特征
总结:Pilihan raya umum Malaysia pada tahun 1999 mencatat sejarah tersendiri apabila buat pertama kalinya internet digunakan sebagai medium untuk berkempen, lanjutan daripada penggunaan internet oleh penyokong reformasi pada tahun 1998.Kertas ini bertujuan membincangkan kempen politik melalui internet pada pilihan raya umum 1999 dan pilihan raya umum 2008.Dapatan kajian menunjukkan: pertama, pada pilihan raya umum 1999 parti pembangkang telah menggunakan lnternet dengan intensif untuk berkempen.Ini kerana terdapat banyak isu-isu berkaitan reformasi yang ingin disampaikan, sedangkan peluang mereka untuk menggunakan media massa perdana begitu terhad. Kedua, penggunaan internet untuk kempen politik menjadi semakin meluas pada pilihan raya umum 2008.Hal ini kerana pada ketika itu terdapat banyak isu-isu sensasi berkaitan politik dan pentadbiran diperdebatkan, di samping pertambahan penggunaan internet di kalangan penduduk Malaysia. Penggunaan internet yang meluas untuk kempen politik bukan hanya melibatkan ahli politik dan parti politik, bahkan rakyat biasa.Hasilnya ia telah melahirkan cyber democracy iaitu rakyat bebas untuk memberi idea dan pandangan dan juga berkumpul secara maya untuk berbincang isu-isu politik.Ketiga, kempen politik melalui lnternet telah memberi impak kepada kedua-dua keputusan pilihan raya tersebut.Pada pilihan raya umum 1999 sokongan kepada Barisan Nasional khususnya UMNO semakin merosot, manakala pada pilihan raya umum 2008 pencapaian Barisan Nasional menjunam teruk apabila mereka gagal memperolehi kemenangan majoriti dua pertiga bagi kerusi dewan rakyat.