Kempen politik: Dari reformasi kepada cyber democracy

Pilihan raya umum Malaysia pada tahun 1999 mencatat sejarah tersendiri apabila buat pertama kalinya internet digunakan sebagai medium untuk berkempen, lanjutan daripada penggunaan internet oleh penyokong reformasi pada tahun 1998.Kertas ini bertujuan membincangkan kempen politik melalui internet pa...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Mohd. Zain, Zawiyah, Yusoff, Moharnrnad Agus
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: 2014
Subjects:
Online Access:http://repo.uum.edu.my/13959/1/A.PDF
http://repo.uum.edu.my/13959/
http://www.iaha2014.uum.edu.my/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Pilihan raya umum Malaysia pada tahun 1999 mencatat sejarah tersendiri apabila buat pertama kalinya internet digunakan sebagai medium untuk berkempen, lanjutan daripada penggunaan internet oleh penyokong reformasi pada tahun 1998.Kertas ini bertujuan membincangkan kempen politik melalui internet pada pilihan raya umum 1999 dan pilihan raya umum 2008.Dapatan kajian menunjukkan: pertama, pada pilihan raya umum 1999 parti pembangkang telah menggunakan lnternet dengan intensif untuk berkempen.Ini kerana terdapat banyak isu-isu berkaitan reformasi yang ingin disampaikan, sedangkan peluang mereka untuk menggunakan media massa perdana begitu terhad. Kedua, penggunaan internet untuk kempen politik menjadi semakin meluas pada pilihan raya umum 2008.Hal ini kerana pada ketika itu terdapat banyak isu-isu sensasi berkaitan politik dan pentadbiran diperdebatkan, di samping pertambahan penggunaan internet di kalangan penduduk Malaysia. Penggunaan internet yang meluas untuk kempen politik bukan hanya melibatkan ahli politik dan parti politik, bahkan rakyat biasa.Hasilnya ia telah melahirkan cyber democracy iaitu rakyat bebas untuk memberi idea dan pandangan dan juga berkumpul secara maya untuk berbincang isu-isu politik.Ketiga, kempen politik melalui lnternet telah memberi impak kepada kedua-dua keputusan pilihan raya tersebut.Pada pilihan raya umum 1999 sokongan kepada Barisan Nasional khususnya UMNO semakin merosot, manakala pada pilihan raya umum 2008 pencapaian Barisan Nasional menjunam teruk apabila mereka gagal memperolehi kemenangan majoriti dua pertiga bagi kerusi dewan rakyat.