Pengaruh kecerdasan emosi (EQ) dan kecederdasan spiritual (SQ) ke atas tigkah laku agresif pelajar

Dewasa ini isu tingkah laku agresif dalam kalangan pelajar sekolah kerapkali menjadi perbualan masyarakat.Isu ini mencerminkan keruntuhan akhlak dan sahsiah dalam kalangan golongan bakal pewaris kepimpinan negara.Kajian ini membincangkan peranan dan kepentingan kecerdasan emosi (EQ) dan kecerdasan...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Shaar, Norrosni, Ishak, Noor Azniza
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: 2014
Subjects:
Online Access:http://repo.uum.edu.my/13203/1/17.pdf
http://repo.uum.edu.my/13203/
http://www.insanmaya.net/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Dewasa ini isu tingkah laku agresif dalam kalangan pelajar sekolah kerapkali menjadi perbualan masyarakat.Isu ini mencerminkan keruntuhan akhlak dan sahsiah dalam kalangan golongan bakal pewaris kepimpinan negara.Kajian ini membincangkan peranan dan kepentingan kecerdasan emosi (EQ) dan kecerdasan spiritual (SQ) ke atas tingkah laku agresif pelajar berdasarkan kajian-kajian terdahulu dan kajian yang telah dijalankan oleh pengkaji sendiri. Kajian telah dijalankan ke atas 100 orang pelajar ‘high risk’ bermasalah tingkah laku agresif.Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap kecerdasan emosi (EQ), tahap kecerdasan spiritual (SQ) dan tahap tingkah laku agresif. Objektif kajian ini untuk mengenal pasti pengaruh di antara kecerdasan emosi (EQ0 dan kecerdasan spiritual (SQ) dengan tingkah laku agresif.Instrumen yang digunakan adalah Bar-On Emotional Quotient Inventory: Short EQ-IS untuk mengukur kecerdasan emosi (EQ), instrumen Spiritual Quotient Questionnaire (SQQ) untuk mengukur kecerdasan spiritual (SQ) dan instrumen Aggresion Questionnaire (AQ) untuk mengukur tingkah laku agresif.Hasil kajian menunjukkan 76% responden berada pada tahap kecerdasan emosi (EQ) rendah dan 24% responden berada pada tahap sederhana.Manakala 91% dan 9% responden berada pada tahap kecerdasan spiritual (SQ) rendah dan sederhana.Sementara itu, kajian menunjukkan 91% responden berada pada tahap agresif yang tinggi. Dapatan kajian juga menunjukkan terdapat pengaruh yang signifikan di antara kecerdasan emosi (EQ), kecerdasan spiritual (SQ) dengan tingkah laku agresif.Secara keseluruhannya, kajian ini mempunyai implikasi penting tentang usahausaha yang perlu dilaksanakan untuk meningkatkan aspek kecerdasan emosi (EQ) dan kecerdasan spiritual (SQ) dalam kalangan pelajar yang bermasalah tingkah laku agresif.Beberapa cadangan tentang implementasi kecerdasan emosi (EQ) dan kecerdasan spiritual (SQ) dalam pendidikan juga dikemukakan berdasarkan pespektif pendidikan.