Skim Subsidi Harga Padi (SSHP: Penilaian dan implikasi polisi ke atas taraf hidup petani padi (miskin dan bukan miskin) serta peranan dalam pasaran

Kertas kerja ini ditulis bertujuan untuk menilai keberkesanan perlaksanaan Skim Subsidi Harga Padi (SSHP) dalam meningkatkan taraf hidup petani padi. Bagi menilai kepentingan SSHP kepada isi rumah, seramai 225 orang petani padi di kawasan pengairan Muda telah dipilih secara rawak.Hasil kajian mend...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Ibrahim, Ahmad Zubir, Radin Baharuddin, Radin Firdaus
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: 2014
Subjects:
Online Access:http://repo.uum.edu.my/13184/1/98.pdf
http://repo.uum.edu.my/13184/
http://www.uumicg2014.com/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kertas kerja ini ditulis bertujuan untuk menilai keberkesanan perlaksanaan Skim Subsidi Harga Padi (SSHP) dalam meningkatkan taraf hidup petani padi. Bagi menilai kepentingan SSHP kepada isi rumah, seramai 225 orang petani padi di kawasan pengairan Muda telah dipilih secara rawak.Hasil kajian mendapati seramai 32 orang petani padi dikategorikan sebagai miskin dan 193 orang petani padi bukan miskin.Hasil kajian turut mendapati bahawa petani padi dikawasan pengairan Muda bergantung sepenuhnya kepada hasil pengeluaran tanaman padi dan SSHP sebagai sumber pendapatan utama.Sekiranya kerajaan memutuskan untuk menarik semula SSHP, sebanyak 2.22 peratus petani padi akan memasuki kumpulan miskin tegar, 9.33 peratus miskin dan 61.33 peratus berada dalam kumpulan mudah terancam.Selain kaedah soal selidik, kajian ini turut menjalankan analisa empirikal di peringkat makro bagi melihat kepentingan SSHP dalam pasaran.Dapatan analisa ini mendapati SSHP merupakan mekanisme yang berperanan penting bagi mendokong sistem harga kawalan beras yang dilaksanakan bagi melindungi pengguna.Menyedari hakikat tersebut, kertas kerja ini mencadangkan agar SSHP perlu diteruskan dan ditingkatkan nilainya pada masa akan datang di samping beberapa tindakan polisi yang boleh dipertimbangkan.