Hubungan antara faktor-faktor demografi dengan kriteria profesionalisme Islam dalam memperkasa budaya kerja organisasi: Kajian di Jabatan Kastam Diraja Malaysia

Kajian ini bertujuan untuk meneliti hubungan antara faktor-faktor demografi dengan kriteria profesionalisme Islam dalam memperkasa budaya kerja organisasi.Faktorfaktor demografi yang dikenalpasti adalah terdiri daripada umur,jantina, tempoh berkhidmat, tahap pendidikan, jawatan dan bahagian.Manakala...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Mat, Zawiah, Basir, Siti Arni
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: 2014
Subjects:
Online Access:http://repo.uum.edu.my/13162/1/79.pdf
http://repo.uum.edu.my/13162/
http://www.uumicg2014.com/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan untuk meneliti hubungan antara faktor-faktor demografi dengan kriteria profesionalisme Islam dalam memperkasa budaya kerja organisasi.Faktorfaktor demografi yang dikenalpasti adalah terdiri daripada umur,jantina, tempoh berkhidmat, tahap pendidikan, jawatan dan bahagian.Manakala kriteria profesionalisme Islam terdiri daripada memahami tanggungjawab sebagai hamba Allah, memahami fungsi profesion, berilmu pengetahuan serta mempunyai kemahiran dalam menyelesaikan masalah, kemahiran membuat keputusan, kemahiran komunikasi dan kemahiran kepimpinan.Kajian ini menumpukan kepada Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) yang melibatkan ibu pejabat Jabatan Kastam Diraja Malaysia di Putrajaya.Lokasi dipilih berdasarkan kepada terdapatnya kesemua bahagian dan pemusatan ibu pejabat JKDM.Sebanyak 198 borang soal selidik telah berjaya diedarkan. Responden terdiri daripada pegawai pengurusan dan professional di JKDM. Dapatan kajian menunjukkan bahawa faktor-faktor demografi keseluruhannya tidak mempunyai hubungan signifikan dan positif dengan kriteria profesionalisme Islam. Ini menunjukkan faktor-faktor demografi setiap responden seperti faktor tahap pendidikan dan jawatan langsung tidak memberi kesan kepada kriteria profesionalisme Islam yang ada dalam diri setiap warga kerja JKDM. Daripada analisis ini jelas memberi gambaran bahawa pengamalan etika profesionalisme Islam sangat mengutamakan aspek nilai-nilai dalaman (hati) seseorang individu.Gabung jalin kedua-dua aspek dalaman (hati) dengan aspek luaran (fizikal) manusia sangatlah diperlukan bagi memperkasakan budaya kerja organisasi yang cemerlang.