Kebajikan anak tak sah taraf orang Islam menurut perspektif hukum syarak dan undang-undang di Malaysia: Suatu analisa

Kebajikan merupakan aspek terpenting dalam mengurus kehidupan anak tak sah taraf.Hukum Syarak telah meletakkan garis panduan tentang keperluan menjaga kebajikan anak tak sah taraf orang Islam setanding dengan anak yang sah taraf.Begitu juga dalam undang-undang di negara kita khasnya undang-undang ke...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Md Dahlan, Nuarrual Hilal, Ahmad, Abd Ghani
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: 2014
Subjects:
Online Access:http://repo.uum.edu.my/12913/1/4.pdf
http://repo.uum.edu.my/12913/
http://www.umicg2014.com/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kebajikan merupakan aspek terpenting dalam mengurus kehidupan anak tak sah taraf.Hukum Syarak telah meletakkan garis panduan tentang keperluan menjaga kebajikan anak tak sah taraf orang Islam setanding dengan anak yang sah taraf.Begitu juga dalam undang-undang di negara kita khasnya undang-undang keluarga Islam turut diperuntukan fasal-fasal kebajikan demi menjamin aspek kebajikan tidak diabaikan oleh individu yang dikaitkan dengan anak tak sah taraf mahupun pihak berkuasa. Ternyata pelaksanaan kebajikan anak tak sah taraf orang Islam masih kurang memuaskan meskipun Hukum Syarak dan undang-undang telah memperuntukan dengan jelas.Objektif penulisan ini adalah untuk mengetahui sejauhmanakah aspek kebajikan anak tak sah taraf orang Islam dilaksanakan menurut perspektif Hukum Syarak dan peruntukan undang-undang di Malaysia.Kaedah penulisan ini berbentuk kualitatif sosial dan undang-undang berdasarkan data primer dan sekunder berkaitan kebajikan anak tak sah taraf orang Islam.Kaedah kepustakaan adalah asas utama dalam penulisan ini yang menganalisa secara perbandingan merujuk dalil-dalil usul fiqh Islam dan undang-undang sehingga mencapai satu kesimpulan yang kukuh dalam mengenal pasti pelaksanaan kebajikan terhadap anak tak sah taraf.Hasil penulisan ini mendapati bahawa pihak berkuasa terutamanya Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan NGO memainkan peranan penting dalam menjaga kebajikan anak tak sah taraf.Meskipun ibu dan waris ibu merupakan pihak utama yang bertanggungjawab menguruskan kebajikan terhadap anak tak sah taraf orang Islam tetapi ramai di kalangan mereka yang menyerahkan tanggungjawab tersebut kepada pihak berkuasa dengan alasan terdapat peruntukan kewangan yang cukup dan prasarana yang selesa.