Model kesediaan (readiness) ke atas teknologi sistem keamatan padi: Kajian ke atas petani luar bandar
Perubahan amalan kebiasaan sesuatu komuniti kepada amalan baru tentunya mempunyai episodnya yang tersendiri.Dari sudut pengurusan, perubahan ini akan melibatkan teknologi penerimaan dan teknologi kesediaan.Dengan itu, kajian ini dilaksanakan untuk mengkaji sejauh mana teori tingkahlaku yang dirancan...
Saved in:
Main Authors: | , , , , |
---|---|
Format: | Monograph |
Language: | English |
Published: |
Universiti Utara Malaysia
2014
|
Subjects: | |
Online Access: | http://repo.uum.edu.my/12785/1/Zakir.pdf http://repo.uum.edu.my/12785/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Perubahan amalan kebiasaan sesuatu komuniti kepada amalan baru tentunya mempunyai episodnya yang tersendiri.Dari sudut pengurusan, perubahan ini akan melibatkan teknologi penerimaan dan teknologi kesediaan.Dengan itu, kajian ini dilaksanakan untuk mengkaji sejauh mana teori tingkahlaku yang dirancang dapat menerangkan kesediaan petani kawasan luar bandar di daerah Sik untuk berubah
menggunakan teknik SRI dalam penanaman padi. Kajian ini bersifat penerokaan dan kaedah temubual dan pemerhatian dilakukan.Dapatan kajian boleh dibahagikan kepada dua bahagian iaitu kajian awal dan kajian sebenar.Kajian awal dilakukan untuk
mengenalpasti soalan, prosedur dan responden yang bersesuaian.Dapatan kajian awal juga telah mengenalpasti teknik penanaman padi yang digunakan responden di kawasan tersebut adalah kaedah SRI. Kajian sebenar mendapati kesediaan pengguna
terhadap kaedah SRI boleh ditentukan oleh faktor sikap, faktor norma subjektif dan persepsi kawalan gelagat.Kajian ini menghasilkan model kesediaan terhadap kaedah SRI di luar bandar.Hasil kajian ini dijangkakan akan menjadi bahan rujukan bagi
pengkaji akan datang dan pihak KEDA serta Jabatan Pertanian dalam merancang program yang bersesuaian dan berterusan dengan tahap kesediaan para petani di kawasan ini dan kawasan luar bandar lain. |
---|