Gangguan seksual di Malaysia

Walaupun ramai yang pernah mengalami gangguan seksual, tetapi mereka tidak menyedarinya. Ini kerana ramai di kalangan kita tidak mengetahui dengan jelas mengenai makna atau takrifan gangguan seksual. Jelasnya, jika mengalami gangguan seksual, ia akan membuatkan mangsa merasa marah, sedih, takut...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Mohamed, Mahmood Nazar, Marican, Sabitha, Jamaluddin, Zakiyah, Abdul Aziz, Ahmad Shamsul, Mohamed, Khadijah, Ahmad, Rusli
Other Authors: Abd Manaf, Abd Razak
Format: Book Section
Language:English
Published: Utusan Publication 2002
Subjects:
Online Access:http://repo.uum.edu.my/1261/1/AbdRazakAbdManaf.pdf
http://repo.uum.edu.my/1261/
http://lintas.uum.edu.my:8080/elmu/index.jsp?module=webopac-l&action=fullDisplayRetriever.jsp&szMaterialNo=0000201359
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
id my.uum.repo.1261
record_format eprints
institution Universiti Utara Malaysia
building UUM Library
collection Institutional Repository
continent Asia
country Malaysia
content_provider Universiti Utara Malaysia
content_source UUM Institutionali Repository
url_provider http://repo.uum.edu.my/
language English
topic HV Social pathology. Social and public welfare
spellingShingle HV Social pathology. Social and public welfare
Mohamed, Mahmood Nazar
Marican, Sabitha
Jamaluddin, Zakiyah
Abdul Aziz, Ahmad Shamsul
Mohamed, Khadijah
Ahmad, Rusli
Gangguan seksual di Malaysia
description Walaupun ramai yang pernah mengalami gangguan seksual, tetapi mereka tidak menyedarinya. Ini kerana ramai di kalangan kita tidak mengetahui dengan jelas mengenai makna atau takrifan gangguan seksual. Jelasnya, jika mengalami gangguan seksual, ia akan membuatkan mangsa merasa marah, sedih, takut dan tidak berupaya bertindak kerana ia berlaku di luar kawalan (Khairun-nisa, 1997).Berdasarkan pernyataan tersebut, gangguan seksual boleh ditakrifkan sebagai kelakuan, perbuatan atau pertuturan yang berunsur seks yang disengajakan dan berulang-ulang, tidak diingini dan orang yang diganggu tidak mengundang, tidak suka dan tidak melayan kelakuan itu. Bentuk gangguan seksual seperti menyentuh, menepuk, mencubit, meraba, pertuturan sumbang, merenung, bersiul, penghinaan atau persenda berkaitan seks, mencadang bahawa layanan seks akan dibalas dengan ganjaran serta mempamer atau mengedar alat/bahan lucah (Khairunnisa, 1997).Gangguan seksual berlaku kerana dua sebab iaitu Quid Pro Quo dan persekitaran yang tidak selesa. Quid Pro Quo melibatkan situasi di mana pengganggu akan menggunakan kekerasan atau mengugut mangsa jika tidak mengikut kehendaknya (Sabitha, 1998).Manakala persekitaran yang tidak selesa pula melibatkan situasi seperti menggesel, mencubit, paparan gambar berunsur seks, mengeluarkan kata-kata berunsur lucah dan sebagainya (Sabitha, 1998).Berdasarkan kepada perkara lima (5) dalam buku garis panduan (kod amalan untuk mencegah dan membasmi Gangguan Seksual di Tempat Kerja),gangguan seksual dibahagikan kepada dua kategori.Pertama, gangguan seksual berbentuk ugutan (sexual coercion).Kedua ialah gangguan seksual yang berbentuk ancaman terhadap ketenteraman peribadi (sexual annoyance).Gangguan seksual yang berbentuk ugutan memberi kesan secara langsung kepada status pekerjaan seseorang.Sebagai contoh,seseorang pegawai atasan yang mempunyai kuasa menentukan gaji dan pangkat, cuba mengugut pekerja bawahan memberi layanan seksual kepadanya.Jika pekerja bawahan tersebut tunduk kepada kehendak seksual pegawai atasan tersebut, faedah yang berkaitan dengan pekerjaan akan diperoleh.Sebaliknya pula jika pekerja bawahan berkenaan menolaknya, faedah itu akan di-nafikan (Kod Amalan untuk mencegah dan Membasmi Gangguan Seksual di Tempat Kerja, 1999).Seterusnya bentuk-bentuk gangguan seksual diperuntukkan di bawah perkara 8 yang membahagikan tingkah laku seksual kepada lima jenis.Pertamanya gangguan seksual secara lisan.Contohnya seperti kata-kata,komen,gurauan,usikan bunyi dan soalan-soalan yang berbentuk ancaman atau cadangan seksual.Keduanya gangguan sebagai isyarat atau bukan lisan.contohnya pandangan atau kerlingan yang membayangkan sesuatu niat atau keinginan; menjilat bibir atau memegang atau memakan makanan dengan cara menggoda; isyarat tangan atau bahasa isyarat yang membayangkan perlakuan seks atau tingkah laku mengurat yang berterusan.Ketiganya, gangguan seksual yang berbentuk visual yang meliputi keadaan yang menunjukan bahan-bahan lucah, melukis gambar lucah, menulis surat berunsur seksual dan mendedahkan bahagian badan yang sulit yang tidak sepatutnya didedahkan. Gangguan seksual keempat ialah gangguan seksual secara psikologi seperti mengulangi jernputan sosial yang telah tidak diterima, memujuk rayu berterusan untuk keluar bersama atau untuk bercumbuan. Akhir sekali bentuk gangguan seksual secara fizikal iaitu melibatkan sentuhan yang tidak diingini, menepuk, mencubit, mengusap, menggesel badan, memeluk, mencium dan serangan seksual (Kod Amalan untuk Mencegah dan Membasmi Gangguan Seksual di Tempat Kerja, 1999).
author2 Abd Manaf, Abd Razak
author_facet Abd Manaf, Abd Razak
Mohamed, Mahmood Nazar
Marican, Sabitha
Jamaluddin, Zakiyah
Abdul Aziz, Ahmad Shamsul
Mohamed, Khadijah
Ahmad, Rusli
format Book Section
author Mohamed, Mahmood Nazar
Marican, Sabitha
Jamaluddin, Zakiyah
Abdul Aziz, Ahmad Shamsul
Mohamed, Khadijah
Ahmad, Rusli
author_sort Mohamed, Mahmood Nazar
title Gangguan seksual di Malaysia
title_short Gangguan seksual di Malaysia
title_full Gangguan seksual di Malaysia
title_fullStr Gangguan seksual di Malaysia
title_full_unstemmed Gangguan seksual di Malaysia
title_sort gangguan seksual di malaysia
publisher Utusan Publication
publishDate 2002
url http://repo.uum.edu.my/1261/1/AbdRazakAbdManaf.pdf
http://repo.uum.edu.my/1261/
http://lintas.uum.edu.my:8080/elmu/index.jsp?module=webopac-l&action=fullDisplayRetriever.jsp&szMaterialNo=0000201359
_version_ 1644277937925521408
spelling my.uum.repo.12612010-10-10T09:37:16Z http://repo.uum.edu.my/1261/ Gangguan seksual di Malaysia Mohamed, Mahmood Nazar Marican, Sabitha Jamaluddin, Zakiyah Abdul Aziz, Ahmad Shamsul Mohamed, Khadijah Ahmad, Rusli HV Social pathology. Social and public welfare Walaupun ramai yang pernah mengalami gangguan seksual, tetapi mereka tidak menyedarinya. Ini kerana ramai di kalangan kita tidak mengetahui dengan jelas mengenai makna atau takrifan gangguan seksual. Jelasnya, jika mengalami gangguan seksual, ia akan membuatkan mangsa merasa marah, sedih, takut dan tidak berupaya bertindak kerana ia berlaku di luar kawalan (Khairun-nisa, 1997).Berdasarkan pernyataan tersebut, gangguan seksual boleh ditakrifkan sebagai kelakuan, perbuatan atau pertuturan yang berunsur seks yang disengajakan dan berulang-ulang, tidak diingini dan orang yang diganggu tidak mengundang, tidak suka dan tidak melayan kelakuan itu. Bentuk gangguan seksual seperti menyentuh, menepuk, mencubit, meraba, pertuturan sumbang, merenung, bersiul, penghinaan atau persenda berkaitan seks, mencadang bahawa layanan seks akan dibalas dengan ganjaran serta mempamer atau mengedar alat/bahan lucah (Khairunnisa, 1997).Gangguan seksual berlaku kerana dua sebab iaitu Quid Pro Quo dan persekitaran yang tidak selesa. Quid Pro Quo melibatkan situasi di mana pengganggu akan menggunakan kekerasan atau mengugut mangsa jika tidak mengikut kehendaknya (Sabitha, 1998).Manakala persekitaran yang tidak selesa pula melibatkan situasi seperti menggesel, mencubit, paparan gambar berunsur seks, mengeluarkan kata-kata berunsur lucah dan sebagainya (Sabitha, 1998).Berdasarkan kepada perkara lima (5) dalam buku garis panduan (kod amalan untuk mencegah dan membasmi Gangguan Seksual di Tempat Kerja),gangguan seksual dibahagikan kepada dua kategori.Pertama, gangguan seksual berbentuk ugutan (sexual coercion).Kedua ialah gangguan seksual yang berbentuk ancaman terhadap ketenteraman peribadi (sexual annoyance).Gangguan seksual yang berbentuk ugutan memberi kesan secara langsung kepada status pekerjaan seseorang.Sebagai contoh,seseorang pegawai atasan yang mempunyai kuasa menentukan gaji dan pangkat, cuba mengugut pekerja bawahan memberi layanan seksual kepadanya.Jika pekerja bawahan tersebut tunduk kepada kehendak seksual pegawai atasan tersebut, faedah yang berkaitan dengan pekerjaan akan diperoleh.Sebaliknya pula jika pekerja bawahan berkenaan menolaknya, faedah itu akan di-nafikan (Kod Amalan untuk mencegah dan Membasmi Gangguan Seksual di Tempat Kerja, 1999).Seterusnya bentuk-bentuk gangguan seksual diperuntukkan di bawah perkara 8 yang membahagikan tingkah laku seksual kepada lima jenis.Pertamanya gangguan seksual secara lisan.Contohnya seperti kata-kata,komen,gurauan,usikan bunyi dan soalan-soalan yang berbentuk ancaman atau cadangan seksual.Keduanya gangguan sebagai isyarat atau bukan lisan.contohnya pandangan atau kerlingan yang membayangkan sesuatu niat atau keinginan; menjilat bibir atau memegang atau memakan makanan dengan cara menggoda; isyarat tangan atau bahasa isyarat yang membayangkan perlakuan seks atau tingkah laku mengurat yang berterusan.Ketiganya, gangguan seksual yang berbentuk visual yang meliputi keadaan yang menunjukan bahan-bahan lucah, melukis gambar lucah, menulis surat berunsur seksual dan mendedahkan bahagian badan yang sulit yang tidak sepatutnya didedahkan. Gangguan seksual keempat ialah gangguan seksual secara psikologi seperti mengulangi jernputan sosial yang telah tidak diterima, memujuk rayu berterusan untuk keluar bersama atau untuk bercumbuan. Akhir sekali bentuk gangguan seksual secara fizikal iaitu melibatkan sentuhan yang tidak diingini, menepuk, mencubit, mengusap, menggesel badan, memeluk, mencium dan serangan seksual (Kod Amalan untuk Mencegah dan Membasmi Gangguan Seksual di Tempat Kerja, 1999). Utusan Publication Abd Manaf, Abd Razak Jamaluddin, Zakiyah 2002 Book Section PeerReviewed application/pdf en http://repo.uum.edu.my/1261/1/AbdRazakAbdManaf.pdf Mohamed, Mahmood Nazar and Marican, Sabitha and Jamaluddin, Zakiyah and Abdul Aziz, Ahmad Shamsul and Mohamed, Khadijah and Ahmad, Rusli (2002) Gangguan seksual di Malaysia. In: Kerja sosial artikel-artikel pilihan. Siri pengajian dan pendidikan Utusan . Utusan Publication, Kuala Lumpur, pp. 233-245. ISBN 9676112585 http://lintas.uum.edu.my:8080/elmu/index.jsp?module=webopac-l&action=fullDisplayRetriever.jsp&szMaterialNo=0000201359
score 13.15806