Penerimaan maklumat berkaitan Islam di internet: Adakah tanggapan kredibiliti dipertimbangkan oleh golongan berpendidikan agama?

Kajian ini dijalankan bagi mengenalpasti sejauhmana tanggapan kredibiliti yang meliputi maklumat, medium dan sumber mempengaruhi penerimaan maklumat berkaitan Islam di Internet oleh golongan berpendidikan agama.Tanggapan kredilibiti diuji sebagai faktor perantaraan terhadap penerimaan maklumat dan...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Ishak, Mohd Sobhi, Ahmad, Mohammad, Abdul Rahman, Mohd Nizho, Rofie, Mohamad Khadafi
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: 2014
Subjects:
Online Access:http://repo.uum.edu.my/11651/1/Sobhi.pdf
http://repo.uum.edu.my/11651/
http://fstpi.uthm.edu.my/insan2014/#.U7pHnLFMcdU
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini dijalankan bagi mengenalpasti sejauhmana tanggapan kredibiliti yang meliputi maklumat, medium dan sumber mempengaruhi penerimaan maklumat berkaitan Islam di Internet oleh golongan berpendidikan agama.Tanggapan kredilibiti diuji sebagai faktor perantaraan terhadap penerimaan maklumat dan dua faktor utama Model Penerimaaan Teknologi (TAM) iaitu tanggapan Internet mudah diguna dan tanggapan Internet berguna.Sebanyak 330 responden terdiri daripada pengguna Internet yang mempunyai latar belakang pengajian Islam peringkat ijazah dari dalam dan luar negara terlibat dalam kajian ini.Kajian tinjauan secara cross sectional ini dijalankan menggunakan borang soal selidik.Data diperolehi dianalisa berdasarkan model hipotesis yang dibentuk dan diuji menggunakan analisis Pemodelan Persamaan Struktur (SEM). Dapatan kajian menunjukkan bahawa penerimaan maklumat dipengaruhi secara langsung oleh tanggapan Internet berguna dan Tanggapan kredibiliti.Tanggapan kredibiliti turut menjadi faktor perantaraan yang signifikan dalam hubungan di antara tanggapan Internet berguna dan penerimaan maklumat. Kesimpulannya, kajian ini menunjukkan bahawa golongan berpendidikan agama berpandangan bahawa Internet berguna untuk mendapatkan maklumat berkaitan Islam.Namun, penerimaan maklumat tersebut bergantung kepada pertimbangan mereka terhadap faktor kredibiliti.