Peranan pengurusan sumber manusia dalam pengurusan keselamatan pekerjaan kajian kes di Asian Composites Manufacturing Sdn Bhd (ACMSB)

Kajian ini dijalankan untuk melihat peranan pengurusan sumber manusia dalam pengurusan keselamatan pekerjaan di Asian Composites Manufacturing Sdn. Bhd. (ACMSB), Bukit Kayu Hitam, Kedah.Kajian akan meliputi peranan pengurusan sumber manusia dalam pengambilan, pengurusan keselamatan dan kesihatan dan...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Wan Salleh, Wan Nur Atiqah, Taib, Che Azlan
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: 2013
Subjects:
Online Access:http://repo.uum.edu.my/11589/1/p46.pdf
http://repo.uum.edu.my/11589/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini dijalankan untuk melihat peranan pengurusan sumber manusia dalam pengurusan keselamatan pekerjaan di Asian Composites Manufacturing Sdn. Bhd. (ACMSB), Bukit Kayu Hitam, Kedah.Kajian akan meliputi peranan pengurusan sumber manusia dalam pengambilan, pengurusan keselamatan dan kesihatan dan pengurusan pampasan pekerja.Selain itu, aspek-aspek pengurusan keselamatan dan tahap kesedaran pekerja tentang keselamatan pekerjaan turut dikaji.Kaedah yang digunakan untuk mengumpul data ialah pemerhatian dan temu bual.Temu bual dilakukan bersama dua orang respoden dari dua jabatan iaitu Jabatan Pengurusan Sumber Manusia dan Jabatan Persekitaran, Keselamatan dan Kesihatan. Pekerja merupakan aset penting bagi sesebuah organisasi.Dengan adanya pekerja yang komited dan berpengalaman akan membantu organisasi meningkatkan prestasi dan produktiviti.Oleh sebab itu, pengurusan sumber manusia perlu dijadikan satu daripada agenda utama di dalam sesebuah organisasi bagi memastikan kebajikan dan keselamatan para pekerja terjamin sepanjang perkhidmatan mereka.