Gelagat kepatuhan zakat perniagaan: Aplikasi teori tindakan beralasan

Sambutan peniaga terhadap pembayaran zakat perniagaan kepada pejabat zakat adalah amat mendukacitakan. Beberapa laporan dan kajian melaporkan masih ramai peniaga tidak mempedulikan peraturan zakat negeri yang menghendaki zakat dibayar kepada Baitulmal atau amil yang dilantik. Situasi ini mencetuskan...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Saad, Ram Al Jaffri, Md Hussain, Md Hairi, Bidin, Zainol, Md. Idris, Kamil
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: 2008
Subjects:
Online Access:http://repo.uum.edu.my/10437/1/Gelagat%20kepatuhan%20zakat%20perniagaan-Aplikasi%20teori%20tindakan%20beralasan.pdf
http://repo.uum.edu.my/10437/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Sambutan peniaga terhadap pembayaran zakat perniagaan kepada pejabat zakat adalah amat mendukacitakan. Beberapa laporan dan kajian melaporkan masih ramai peniaga tidak mempedulikan peraturan zakat negeri yang menghendaki zakat dibayar kepada Baitulmal atau amil yang dilantik. Situasi ini mencetuskan fenomena menarik mengenai gelagat kepatuhan zakat perniagaan. Secara khusus, masih belum terdapat literatur yang boleh menjelaskan fenomena tersebut. Justeru, kajian ini cuba untuk menjelaskan persoalan mengenai aras kepatuhan zakat perniagaan yang rendah. Teori Tindakan Beralasan (Theory of Reasoned Action) diaplikasikan bagi melihat peranan angkubah sikap dan persepsi sosial terhadap gelagat kepatuhan zakat perniagaan. Keputusan kajian ke atas 108 peniaga sekitar negeri Perlis mendapati bahawa niat merupakan penentu terdekat gelagat kepatuhan zakat perniagaan. Angkubah niat pula dipengaruhi oleh sikap dan pengaruh sosial seperti suami/isteri dan keluarga. Model kajian yang berasaskan teori ini dapat menerangkan sebanyak 44% varian ke atas niat gelagat, manakala 16% ke atas gelagat kepatuhan zakat perniagaan. Implikasi terhadap teori dan juga kepada pembuat dasar turut dibincangkan.