LearningCare sebagai Sistem Pengurusan Pembelajaran : amalan dan tahap kepuasan pelajar kursus teknologi pendidikan Universiti Utara Malaysia

LearningCare merupakan satu Sistem Pengurusan Pembelajaran (Learning Management System) atau sistem pembelajaran elektronik (e-pembelajaran) yang berasaskan lnternet dan diintegrasikan sepenuhnya dengan sistem akademik Universiti Utara Malaysia. la mula digunakan pada bulan November 2002. Sistem in...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Bahador, Zolkefli
Format: Article
Language:English
Published: Universiti Utara Malaysia 2006
Subjects:
Online Access:http://repo.uum.edu.my/1/1/zolkefli_bahador.pdf
http://repo.uum.edu.my/1/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:LearningCare merupakan satu Sistem Pengurusan Pembelajaran (Learning Management System) atau sistem pembelajaran elektronik (e-pembelajaran) yang berasaskan lnternet dan diintegrasikan sepenuhnya dengan sistem akademik Universiti Utara Malaysia. la mula digunakan pada bulan November 2002. Sistem ini membolehkan tenaga akademik meletak bahan pengajaran untuk dicapai oleh pelajar di mana jua dan pada bila-bila masa (anywhere and anytime). Selain itu LearningCare juga membenarkan tenaga akademik berinteraksi dengan pelajar melalui forum dalam talian, menghebahkan pengumuman, menjalankan ujian atau kuiz secara dalam talian serta berupaya mengesan dan memantau penglibatan pelajar dalam menggunakan LearningCare. LearningCare dan proses pengajaran perlu diintergarsikan dengan sebaiknya untuk menghasilkan proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Kajian ini dijalankan untuk melihat amalan dan tahap kepuasan pelajar kursus Teknologi Pendidikan Universiti Utara Malaysia dalam menggunakan LearningCare bagi membantu proses pembelajaran mereka. Dapatan kajian menjelaskan, pelajar sangat berpuas hati dengan perkhidmatan yang disediakan di dalam LearningCare dan ianya banyak menbantu pelajar dalam proses pembelajaran mereka.