Faktor-Faktor Tekanan Kerja di Kalangan Jururawat : Kajian di Hospital Lipis, Pahang

Kajian ini dijalankan bagi mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi tekanan kerja di kalangan jururawat di Hospital Lipis, Pahang. Objektif kajian adalah untuk mengenalpasti: a) hubungan antara hubungan dalam organisasi dan tekanan kerja, b) hubungan antara beban kerja dan tekanan kerja, c) hu...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Intan Nazni, Mohd. Asri
Format: Thesis
Language:English
Published: 2003
Subjects:
Online Access:https://etd.uum.edu.my/994/1/IMTAN_NAZNI_BT._MOHD._ASRI.pdf
https://etd.uum.edu.my/994/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini dijalankan bagi mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi tekanan kerja di kalangan jururawat di Hospital Lipis, Pahang. Objektif kajian adalah untuk mengenalpasti: a) hubungan antara hubungan dalam organisasi dan tekanan kerja, b) hubungan antara beban kerja dan tekanan kerja, c) hubungan antara konflik peranan dan tekanan kerja, dan d) hubungan antara persekitaran tempat kerja dan tekanan kerja, di kalangan jururawat di Hospital Lipis, Pahang. Kajian ini telah disertai oleh 112 orang jururawat di hospital tersebut. Set soal selidik mengandungi 30 item berskala lima Likert telah digunakan bagi mendapatkan maklum balas responden. Sebanyak empat hipotesis telah dibentuk bagi kajian ini. Kaedah-kaedah statistik yang telah digunakan bagi menguji hipotesis ialah ujian taburan frekuensi, ujian keboleh percayaan, korelasi Pearson dan Regrasi Berganda. Hasil kajian menunjukkan a) terdapat hubungan signifikan di antara hubungan dalam organisasi, beban kerja dan konflik peranan dengan tekanan kerja di kalangan jururawat di Hospital Lipis, Pahang b) tidak terdapat hubungan signifikan di antara persekitaran tempat kerja dengan tekanan kerja di kalangan jururawat di Hospital Lipis, Pahang.