Penswastaan: Kajian Kes di Unit Kesihatan Pelajar, Universiti Utara Malaysia

Kajian ini dijalankan untuk melihat konsep penswastaan Unit Kesihatan Pelajar (UKP), Universiti Utara Malaysia. Bagi tujuan penyelidikan ini, tiga bentuk analisis dilakukan iaitu analisis keberkesanan kos, analisis kepekaan dan analisis faktor yang mempengaruhi kehendak dan keperluan pelajar-pelajar...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Maimunah, Wasli
Format: Thesis
Language:English
English
Published: 1993
Subjects:
Online Access:https://etd.uum.edu.my/619/1/MAIMUNAH_WASLI.pdf
https://etd.uum.edu.my/619/2/Penswastaan_Maimunah_Wasli.pdf
https://etd.uum.edu.my/619/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini dijalankan untuk melihat konsep penswastaan Unit Kesihatan Pelajar (UKP), Universiti Utara Malaysia. Bagi tujuan penyelidikan ini, tiga bentuk analisis dilakukan iaitu analisis keberkesanan kos, analisis kepekaan dan analisis faktor yang mempengaruhi kehendak dan keperluan pelajar-pelajar UUM terhadap entiti rawatan perubatan. Analisis keberkesanan kos memerlukan penyelidikan faktor-faktor kos penyediaan perkhidmatan UKP, kos penggunaan dan kos kakitangan yang menyediakan perkhidmatan kesihatan. Nisbah kos perkhidmatan pengeluaran awam UKP adalah 0.64, dan bolehlah dirumuskan bahawa pengeluaran perkhidmatan kesihatan yang dibekalkan oleh UKP kurang keberkesanan kos. Analisis kepekaan mengkaji kos perkhidmatan swasta daripada sudut ekonomi melalui keberkesanan kos. Nisbah keberkesanan kos untuk dua klinik swasta yang dikaji adalah 1.08 untuk ’Pembekal Satu’ dan 1.19 untuk Klinik Won. Dapatlah dirumuskan bahawa pengeluaran swasta adalah lebih kos efektif dari pengeluaran UKP. Analisis faktor yang mempengaruhi kehendak dan keperluan memerlukan borang soalselidik diedar kepada 19 1 responden, yang terdiri daripada pelajar-pelajar Tahun Dua dan Tiga. Di dalam memilih entiti rawatan perubatan, pelajar-pelajar UUM bersetuju bahawa reputasi, kualiti dan bidang-bidang khusus perkhidmatan dan kebersihan, penampilan dan susunatur atau perhiasan entiti rawatan perubatan sangat penting dalam mempengaruhi pilihan mereka. Faktor lokasi, sikap kakitangan dan kos perkhidmatan kurang mempengaruhi pilihan pelajar-peiajar UUM terhadap entiti rawatan perubatan. Kesimpulannya, kos pengeluaran swasta adalah lebih keberkesanan kos dari pengeluaran awam, UKP. Jelaslah penswastaan adalah cara yang lebih berkesan bagi membekalkan rawatan perubatan kesihatan UKP. Di dalam mencapai sesuatu keputusan untuk penswastaan UKP, adalah diharap penggubal dasar mengambil perhatian terhadap faktor-faktor yang mempengaruhi kehendak dan keperluan pelajar-pelajar terhadap sesebuah entiti rawatan perubatan.