Perusahaan kecil dan sederhana (PKS) kajian terhadap faktor-faktor kejayaan dan cabaran bagi usahawan wanita Melayu di daerah Seberang Perai Pulau Pinang

Kaj ian bertajuk Perusahaan Kecil Dan Sederhana (PKS): Kajian Terhadap Faktor-Faktor Kejayaan Dan Cabaran Bagi Usahawan Wanita Melayu di Daerah Seberang Perai, Pulau Pinang dianggap penting kerana kajian ini akan mengkaji instrumen-insmen yang telah menyumbang kepada kejayaan dan juga cabaran yang t...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Faten Syazwanie, Mohamad Darus
Format: Thesis
Language:English
English
Published: 2013
Subjects:
Online Access:https://etd.uum.edu.my/4728/1/s811812.pdf
https://etd.uum.edu.my/4728/2/s811812_abstract.pdf
https://etd.uum.edu.my/4728/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kaj ian bertajuk Perusahaan Kecil Dan Sederhana (PKS): Kajian Terhadap Faktor-Faktor Kejayaan Dan Cabaran Bagi Usahawan Wanita Melayu di Daerah Seberang Perai, Pulau Pinang dianggap penting kerana kajian ini akan mengkaji instrumen-insmen yang telah menyumbang kepada kejayaan dan juga cabaran yang terpaksa dihadapi oleh usahawan wanita Melayu PKS di Daerah Seberang Perai Pulau Pinang. Sepertimana yang kita semua tahu, PKS merupakan salah satu penyumbang kepada pertumbuhan ekonomi di Malaysia. Kerajaan Malaysia juga telah banyak memberi penumpuan terhadap bidang ini. Oleh sebab pembabitan lebih ramai rakyat dalam bidang keusahawanan, maka tidak mustahil jika matlamat negara untuk mencapai pendapatan perkapita yang tinggi menjelang 2020 mampu dicapai. Menjelang alaf ke-21 ini, peranan wanita dalam bidang ekonomi semakin meningkat dari semasa ke semasa Golongan ini juga berperanan penting dalam memacu pembangunan ekonomi di negara kita. Oleh itu, hasil kajian ini akan meneliti adakah faktor taraf pendidikan, faktor individu, faktor persekitaran dan juga peranan agensi yang menjadi faktor penentu kepada kejayaan usahawan wanita Melayu PKS di Daerah Seberang Perai Pulau Pinang. Selain itu juga kajian ini akan meneliti cabaran yang dihadapi oleh usahawan-usahawan ini dalam usaha membangunkan perniagaan mereka.