Pemerdagangan Manusia dan Kesannya Terhadap Isu Keselamatan di Malaysia

Kebanjiran mangsa pemerdagangan manusia dan penyeludupan migran ke Malaysia telah menjadi satu isu baru yang perlu ditangani oleh semua pihak yang berkenaan khususnya kerajaan Malaysia. Keadaan ini menjadi semakin serius apabila Malaysia telah dilabel sebagai negara transit dan negara destinasi bagi...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Shairul Amin, Shaari
Format: Thesis
Language:English
English
Published: 2011
Subjects:
Online Access:https://etd.uum.edu.my/3236/1/MEJAR_SHAIRUL_AMIN_SHAARI.pdf
https://etd.uum.edu.my/3236/2/1.MEJAR_SHAIRUL_AMIN_SHAARI.pdf
https://etd.uum.edu.my/3236/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kebanjiran mangsa pemerdagangan manusia dan penyeludupan migran ke Malaysia telah menjadi satu isu baru yang perlu ditangani oleh semua pihak yang berkenaan khususnya kerajaan Malaysia. Keadaan ini menjadi semakin serius apabila Malaysia telah dilabel sebagai negara transit dan negara destinasi bagi kes pemerdagangan manusia di rantau Asia Tenggara. Sehubungan dengan itu juga Malaysia telah di letak pada tahap Tier 2WL oleh PBB akibat daripada peningkatan kes pemerdagangan manusia. Kebanjiran mangsa kes pemerdagangan manusia ini telah memberi implikasi negatif terhadap kedaulatan negara. Selain keselamatan sosial, mangsa pemerdagangan manusia ini juga berpotensi untuk menjadi ancaman kepada aspek keselamatan yang lain. Sungguhpun begitu, tujuan kertas kerja ini hanya memberi tumpuan kepada isu-isu keselamatan yang berpotensi dicetuskan oleh para pedagang manusia dan kesannya kepada keselamatan negara. Kaedah pengkajian yang digunakan dalam kajian ini adalah dengan menggunakan pendekatan kualitatif melalui temubual dan dokumen sekunder dalam usaha untuk mengumpul sebanyak mungkin maklumat atau data yang mempunyai kaitan dengan kes pemerdagangan manusia. Kajian mendapati masalah sosial yang disebabkan oleh peningkatan kes pemerdagangan manusia ini boleh dilihat,pertama sebagai mengancam keselamatan, kestabilan dan keamanan negara Malaysia dan timbulnya rasa kebencian oleh penduduk tempatan. Kedua, kebanjiran mangsa pemerdagangan manusia ini berupaya mempengaruhi profil demografi penduduk terutamanya di bandar-bandar besar.Akhir sekali,peningkatan kes pemerdagangan manusia ini juga mampu menggugat keselamatan dalam negeri ekoran daripada peningkatan kes-kes jenayah yang membabitkan warga asing. Oleh demikian disarankan agar kehadiran mereka ini perlu dikawal dan dipantau oleh pihak yang berwajib.Untuk itu, pihak kerajaan perlu menguatkuasakan akta yang sedia ada untuk mengawal kemasukkan mangsa pemerdagangan manusia. Selain daripada itu kerajaan harus mengambil tindakan yang lebih tegas terhadap warga asing mahupun tempatan yang melanggar peraturan yang telah ditetapkan tanpa mengira status dan jawatan.