Faktor Media Sosial Memainkan Peranan Penting Terhadap Kemenangan Calon Pilihan Raya: Kajian Kes Di Dun N.24 Semenyih, Selangor

Analisis kempen PRU 14 menunjukkan bahawa Facebook berperanan sebagai sumber utama maklumat untuk masyarakat Malaysia. Sejauh mana media sosial telah memberi impak kepada proses politik Melayu di Selangor akan menjadi fokus utama kajian ini, mengeksplorasi bagaimana platform ini mempengaruhi pembuat...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Faizal Reza, Abdul Rahim
Format: Thesis
Language:English
English
Published: 2024
Subjects:
Online Access:https://etd.uum.edu.my/11303/1/depositpermission-s825556.pdf
https://etd.uum.edu.my/11303/2/s825556_01.pdf
https://etd.uum.edu.my/11303/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Analisis kempen PRU 14 menunjukkan bahawa Facebook berperanan sebagai sumber utama maklumat untuk masyarakat Malaysia. Sejauh mana media sosial telah memberi impak kepada proses politik Melayu di Selangor akan menjadi fokus utama kajian ini, mengeksplorasi bagaimana platform ini mempengaruhi pembuat keputusan pengundi dan dinamika politik tempatan. Untuk itu, kajian ini dibuat untuk melihat persepsi orang awam terhadap faktor media sosial mempengaruhi keputusan PRK DUN Semenyih pada 2 Mac 2019, khususnya untuk mengkaji tahap literasi politik di DUN Semenyih, meninjau keberkesanan penggunaan media sosial dalam parti politik dan mengenalpasti jenis kempen melalui media sosial yang dapat memberi pengaruh dalam Pilihan Raya. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif di mana data kajian diperolehi melalui temubual secara bersemuka ke atas 7 responden yang meliputi 6 Pengundi Biasa dan 1 Pengundi Pos dalam PRK DUN Semenyih. Kajian mendapati bahawa media sosial memainkan peranan yang amat penting kini untuk memberi kemenangan kepada calon yang bertanding dan media sosial seperti Facebook dan aplikasi whatsapp membawa dinamika baru kepada calon yang bertanding dalam pilihan raya. Dalam PRK DUN Semenyih ini, semua calon memuatkan aktiviti mereka, juga secara langsung untuk menyebarkan rakaman ucapan serta keratan kenyataan di Twitter dan aplikasi WhatsApp yang dimuatnaik dalam Facebook serta meraih banyak komen netizen. Hasil kajian juga menunjukkan bahawa responden sangat mengambil berat tentang maklumat-maklumat yang terdapat di media sosial dan pemahaman mengenai garis panduan media sosial terutamanya literasi politik. Kajian ini mencadangkan agar kerajaan menggunakan sepenuhnya kuasa internet untuk menyampaikan agendanya kepada masyarakat di samping memastikan kempen dalam media sosial menepati tatasusila dalam memastikan perpaduan negara terus terpelihara.