Business Process Orientation (BPO) and Its Correlation to Organization Performance : A Comparative Study Between Malaysian Companies and the Multinationals
Orientasi Proses Perniagaan (OPP) atau "Business Process Orientation" adalah suatu "cara pemikiran baru" atau "cara baru melihat" organisasi kita yang memberi penekanan kepada proses berbanding hirarki, suatu cara pemikiran berorientasikan proses, hasilan dan pelanggan....
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Language: | English English |
Published: |
2003
|
Subjects: | |
Online Access: | http://etd.uum.edu.my/1114/1/ROSLAN_B._HJ._ISMAIL.pdf http://etd.uum.edu.my/1114/2/1.ROSLAN_B._HJ._ISMAIL.pdf http://etd.uum.edu.my/1114/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Orientasi Proses Perniagaan (OPP) atau "Business Process Orientation" adalah suatu "cara pemikiran baru" atau "cara baru melihat" organisasi kita yang memberi penekanan kepada proses berbanding hirarki, suatu cara pemikiran berorientasikan proses, hasilan dan pelanggan. Penyelidikan ini cuba mengenalpasti OPP di kalangan syarikat tempatan dan multi-negara di Malaysia dengan hasrat untuk menentukan korelasi OPP kepada empat pengukuran prestasi organisasi - keseluruhan prestasi perniagaan, konflik antara fungsi, jalinan hubungan antara jabatan dan semangat kebersamaan.
Hasil penyelidikan ini dengan jelas menunjukkan bahawa syarikat tempatan banyak memberikan penekanan kepada dokumentasi prose atau "Process View" sebaliknya syarikat multi-negara memberikan banyak penekanan kepada sistem pengurusan proses dan pengukuran prestasi atau "Process management and Measurement System". Tujuan akhir untuk menjadikan organisasi kita berorientasikan proses adalah untuk membawa proses-proses perniagaan ke peringkat bersepadu atau "integrated stage". Teknologi internet dan e-dagang terkini membolehkan jalinan hubungan dan integrasi proses perniagaan di buat dengan lebih pantas dan mudah di samping menjadikan syarikat lebih berdaya-saing.
Hasil penyelidikan ini juga berjaya mempastikan dengan adanya OPP konflik antara fungsi akan berkurangan dan korelasi positif ditemui antara OPP dan jalinan hubungan antara jabatan, semangat kebersamaan dan keseluruhan prestasi perniagaan. |
---|