Hubungan di antara tret personaliti dan sokongan organisasi terhadap daya tahan di kalangan penolong pegawai perubatan di daerah Alor Gajah

Daya tahan atau Resilien ialah kebolehan untuk menahan kesusahan dan bangkit daripada peristiwa yang sukar. Daya tahan adalah sesuatu yang dinamik. Ia berubah sebagai tindak balas kepada persekitaran, dan individu boleh menjadi lebih baik dalam hal itu. Daya tahan boleh dibangunkan untuk membolehkan...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Abdul Hamid, Nordin
Format: Thesis
Language:English
English
English
Published: 2022
Subjects:
Online Access:https://etd.uum.edu.my/10542/1/depositpermission-not%20allow_s826628.pdf
https://etd.uum.edu.my/10542/2/s826628_01.pdf
https://etd.uum.edu.my/10542/3/s826628_02.pdf
https://etd.uum.edu.my/10542/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Daya tahan atau Resilien ialah kebolehan untuk menahan kesusahan dan bangkit daripada peristiwa yang sukar. Daya tahan adalah sesuatu yang dinamik. Ia berubah sebagai tindak balas kepada persekitaran, dan individu boleh menjadi lebih baik dalam hal itu. Daya tahan boleh dibangunkan untuk membolehkan individu dan sistem menggunakan perubahan untuk menjadi lebih baik dan berkembang maju dalam persekitaran baharu. Tujuan kajian kuantitatif ini adalah untuk menentukan adakah terdapat hubungan antara tret personaliti dan sokongan organisasi terhadap daya tahan di kalangan PPP di daerah Alor Gajah, Melaka. Kajian dijalankan ke atas 120 orang responden yang dipilih secara rawak. Hasil kajian menunjukkan terdapat korelasi yang positif diantara 3 tret personaliti dengan daya tahan extraversion, agreeableness dan openness manakala tret personaliti neuroticism mempunyai hubungan korelasi negatif. Bagi tret personaliti conscientiousness pula, hasil ujian menunjukkan hubungan korelasi yang sangat lemah serta tidak signifikan dengan daya tahan. Hasil ujian regresi pula menunjukkan pengaruh pembolehubah bebas terhadap daya tahan sebanyak 84% di mana perubahan tret personaliti dan sokongan organisasi berada di dalam variasi daya tahan. Ujian pekali pembolehubah pula menunjukkan pembolehubah sokongan organisasi adalah peramal tertinggi yang mempengaruhi daya tahan adalah sokongan organisasi. Hasil kajian diharap dapat membantu organisasi dalam menjaga kesihatan mental kakitangan di samping membantu meningkatkan mutu rawatan yang di berikan kepada pesakit.