Hubungan antara pengetahuan, motivasi, latihan dan promosi dengan kesedaran keselamatan dan kesihatan pekerjaan di IKM

Isu keselamatan dan kesihatan pekerjaan dalam sesebuah organisasi sangat penting dalam memastikan tempat kerja sentiasa berada dalam keadaan selamat dan kondusif. Oleh itu kajian ini dilakukan bertujuan untuk mengkaji hubungan Pengetahuan, Motivasi, Latihan dan Promosi dengan Kesedaran Keselamatan d...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Nor Afidah, Sulaiman
Format: Thesis
Language:English
English
Published: 2022
Subjects:
Online Access:https://etd.uum.edu.my/10488/1/grant%20the%20permission_s826774.pdf
https://etd.uum.edu.my/10488/2/s826774_01.pdf
https://etd.uum.edu.my/10488/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Isu keselamatan dan kesihatan pekerjaan dalam sesebuah organisasi sangat penting dalam memastikan tempat kerja sentiasa berada dalam keadaan selamat dan kondusif. Oleh itu kajian ini dilakukan bertujuan untuk mengkaji hubungan Pengetahuan, Motivasi, Latihan dan Promosi dengan Kesedaran Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan di kalangan kakitangan Institut Kemahiran Mara. Kajian yang akan dijalankan melibatkan dua (2) institusi iaitu Institut Kemahiran Mara Alor Setar dan Institut Kemahiran Mara Sungai Petani. Seramai 112 orang telah menjawab soal selidik yang diberikan. Data dikumpul melalui 33 item soal selidik pada enam mata skala Likert dan enam item lagi adalah soalan demografi. Analisis menggunakan statistik deskriptif (min dan sisihan piawai) dan Statistik Korelasi (korelasi dan regresi berganda). Dapatan daripada hasil analisis Korelasi Pearson menunjukkan bahawa Pengetahuan, Motivasi dan Latihan mempunyai hubungan yang positif dengan Kesedaran Keselamatan. Berdasarkan hasil kajian hipotesis dalam regresi berganda, pembolehubah tak bersandar Motivasi mempunyai hubungan yang signifikan dengan pembolehubah bersandar Kesedaran Keselamatan. Manakala pembolehubah tak bersandar Pengetahuan, Latihan dan Promosi tidak mempunyai hubungan yang signifikan dengan pembolehubah bersandar Kesedaran Keselamatan. Cadangannya ialah pihak pengurusan harus lebih bertanggungjawab dan komited untuk mempromosikan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan di tempat kerja dengan memberikan Pengetahuan, Latihan, Motivasi dan Promosi dalam skop keselamatan secara berterusan dalam meningkatkan kesedaran terhadap keselamatan dan kesihatan pekerjaan di kalangan kakitangan Institut Kemahiran Mara.