Penerapan kemahiran pendekatan pengajaran dan pembelajaran KOMSAS di sekolah Middle Years Programme International Baccalaureate di Malaysia

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah memperkenalkan Middle Years Programme International Baccalaureate (MYPIB) di sekolah-sekolah terpilih KPM dengan menerapkan gabungan lima kemahiran iaitu kemahiran komunikasi, kemahiran sosial, kemahiran berfikir, kemahiran pengurusan diri dan kemahiran pe...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Roziah, Ramli
Format: Thesis
Language:English
English
Published: 2023
Subjects:
Online Access:https://etd.uum.edu.my/10434/1/grant%20the%20permission_s903438.pdf
https://etd.uum.edu.my/10434/2/s903438_01.pdf
https://etd.uum.edu.my/10434/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah memperkenalkan Middle Years Programme International Baccalaureate (MYPIB) di sekolah-sekolah terpilih KPM dengan menerapkan gabungan lima kemahiran iaitu kemahiran komunikasi, kemahiran sosial, kemahiran berfikir, kemahiran pengurusan diri dan kemahiran penyelidikan bagi menyediakan murid ke arah pembelajaran sepanjang hayat. Keadaan ini menimbulkan cabaran kepada guru disebabkan guru masih kurang bersedia dalam melaksanakan penerapan kemahiran pendekatan pembelajaran dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Kajian ini adalah bertujuan meneroka pemahaman guru serta proses penerapan kemahiran pendekatan pembelajaran dari aspek perancangan, pelaksanaan serta refleksi dalam pengajaran Komponen Sastera (KOMSAS) di sekolah MYPIB, KPM. KOMSAS dipilih sebagai medium kajian bersesuaian dengan subjek Bahasa dan Kesusasteraan iaitu subjek wajib dalam MYPIB. Kajian kes secara kualitatif ini menggunakan persampelan bertujuan dengan melibatkan seramai enam orang guru dalam proses penerapan kemahiran pendekatan pembelajaran. Sumber data dalam kajian ini diperoleh melalui tiga kaedah pengumpulan data iaitu melengkapkan cerita, temu bual separa berstruktur dan analisis dokumen. Data dianalisis menggunakan analisis tematik menggunakan perisian ATLAS.ti versi 8. Dapatan kajian menunjukkan guru faham tentang konsep, kandungan dan kepentingan penerapan kemahiran pendekatan pembelajaran dengan menghadapi beberapa cabaran dalam penerapan pendekatan berkenaan. Selanjutnya, guru didapati dapat mengaplikasikan pemahaman mereka menerusi proses penerapan kemahiran pendekatan pembelajaran yang melibatkan proses perancangan, pelaksanaan dan refleksi. Implikasinya, penyelidikan ini berjaya menghasilkan Kerangka Penerapan Kemahiran Pendekatan Pembelajaran dalam Pengajaran KOMSAS serta dilengkapi panduan bagi membantu guru-guru melaksanakan proses penerapan kemahiran pendekatan pembelajaran secara terancang dan teliti. Selain itu, penyelidikan ini memberikan gambaran yang terperinci dan panduan kepada KPM dalam usaha memastikan program MYPIB ini memberikan impak yang besar kepada pendidikan negara.