Kesan tukun tiruan terhadap pendapatan dan kualiti hidup Nelayan di Kedah dan Perlis

Tesis ini mengkaji faedah ekonomi dari projek tukun tiruan ke atas nelayan persisiran pantai di Kedah dan Perlis di Semenanjung Malaysia. Isu penangkapan ikan secara berlebihan dan kemusnahan ekosistem laut telah menyebabkan sumber perikanan negara berkurangan dan harga ikan menjadi tinggi. Di antar...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Haspinor, Teh
Format: Thesis
Language:English
English
English
Published: 2020
Subjects:
Online Access:https://etd.uum.edu.my/10318/1/s93677_01.pdf
https://etd.uum.edu.my/10318/2/s93677_02.pdf
https://etd.uum.edu.my/10318/3/s93677_references.docx
https://etd.uum.edu.my/10318/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Tesis ini mengkaji faedah ekonomi dari projek tukun tiruan ke atas nelayan persisiran pantai di Kedah dan Perlis di Semenanjung Malaysia. Isu penangkapan ikan secara berlebihan dan kemusnahan ekosistem laut telah menyebabkan sumber perikanan negara berkurangan dan harga ikan menjadi tinggi. Di antara usaha untuk memperbaiki ekosistem ialah perlaksanaan projek tukun tiruan. Sehubungan dengan itu, kajian berkaitan kesan tukun tiruan terhadap pendapatan dan kualiti hidup nelayan perlu dilakukan untuk melihat keberkesanan projek tukun tiruan. Data kajian diperoleh hasil dari temubual dengan 322 orang nelayan persisiran pantai dari tiga kawasan nelayan, iaitu di Kuala Kedah, Pulau Langkawi dan Kuala Perlis. Borang soal selidik berstruktur telah digunakan dalam pengumpulan data. Hasil kajian menunjukkan bahawa tukun tiruan berkesan untuk meningkatkan tangkapan dan pendapatan kepada nelayan persisiran pantai di kawasan kajian. Didapati juga nelayan yang menggunakan bot yang lebih besar, dan kuasa enjin yang lebih tinggi mendapat hasil penangkapan ikan yang besar, menunjukkan manfaat projek tukun tiruan berbeza-beza mengikut jenis nelayan. Nelayan yang mampu melabur dalam penggunaan bot dan peralatan nelayan yang lebih baik akan mendapat manfaat yang lebih banyak dari projek tukun tiruan ini. Di samping itu, aset sosial lebih diutamakan dan mempengaruhi kualiti hidup berbanding dengan pemilikan aset kewangan. Nelayan juga mahu lokasi tukun tiruan ditandakan dengan jelas untuk memudahkan pengesanan lokasi dan mengelakkan kerosakan kepada jarring tangkapan ikan yang mereka gunakan. Agensi perikanan yang terlibat dalam program tukun tiruan perlu memastikan pembangunan tukun tiruan menghasilkan manfaat social dan ekonomi yang positif untuk komuniti nelayan tempatan melalui pengurusan sumber perikanan yang mampan.