Sistem pengurusan pengairan untuk kemampanan tanaman padi di Sumatera Barat

Sistem pengurusan air pengairan adalah penting dalam mencapai penggunaan sumber air yang cekap. Sistem pengurusan air berorientasikan perkhidmatan untuk pengairan telah digunakan di Indonesia. Walau bagaimanapun, sistem tersebut masih belum mencapai kemampanan tanaman padi. Oleh itu, kajian ini bert...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Afrizal, Afrizal
Format: Thesis
Language:English
Published: 2022
Subjects:
Online Access:http://eprints.utm.my/id/eprint/99897/1/AfrizalMFABU2022.pdf
http://eprints.utm.my/id/eprint/99897/
http://dms.library.utm.my:8080/vital/access/manager/Repository/vital:150042
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Sistem pengurusan air pengairan adalah penting dalam mencapai penggunaan sumber air yang cekap. Sistem pengurusan air berorientasikan perkhidmatan untuk pengairan telah digunakan di Indonesia. Walau bagaimanapun, sistem tersebut masih belum mencapai kemampanan tanaman padi. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk menangani tiga objektif, pertama, mengenal pasti dan menentukan faktor-faktor penting yang mempengaruhi kejayaan dalam sistem pengurusan air tanaman; kedua, untuk mengenal pasti dan menentukan faktor-faktor penting yang mempengaruhi kejayaan dalam kemampanan tanaman padi, dan ketiga untuk membangunkan model struktur pengurusan air tanaman dengan penunjuk utama pelan bagi kemampanan tanaman padi. Kajian ini menggunakan kaedah pengumpulan dan analisis data kuantitatif melalui pemodelan persamaan struktur. Bagi faktor-faktor yang mempengaruhi kejayaan sistem pengurusan air, 35 pembolehubah nyata dan lima pembolehubah pendam, iaitu teknologi, kejuruteraan, pengurusan, persekitaran, dan ekonomi, telah dikaji. Sementara itu, lima pemboleh ubah pendam, ekonomi pertanian, sosial, ekologi, institusi, dan teknologi pertanian, serta 34 pembolehubah nyata, telah dipertimbangkan untuk menentukan kemampanan pertanian padi. Kajian dijalankan di Provinsi Sumatera Barat, Indonesia dengan Institusi Pengurus Pengairan sebagai populasi kajian. Kajian mendapati 18 pembolehubah nyata berdasarkan faktor-faktor penting yang mempengaruhi kejayaan sistem pengurusan air tanaman dan 19 pembolehubah nyata berdasarkan faktor-faktor penting yang mempengaruhi kemampanan tanaman padi. Menurut keputusan pekali laluan, 12 hipotesis telah diterima. Kajian ini telah berjaya menunjukkan hubungan antara faktor kejayaan pengurusan air tanaman dengan kemampanan tanaman padi. Faktor pengurusan air pertanian dan faktor kemampanan tanaman menunjukkan hubungan positif dan negatif yang signifikan, seperti yang ditunjukkan oleh model persamaan struktur yang dibangunkan. Model yang dibangunkan berpotensi untuk digunakan untuk pengurusan air dalam tanaman bagi memastikan kemampanan tanaman padi.