Kesan pembangunan Rumah Selangorku terhadap pasaran harta tanah kediaman di negeri Selangor

Kajian Penyelidikan ini dijalankan adalah bagi mengenal pasti pembangunan Rumah Selangorku (RSKU) memberi kesan terhadap pasaran harta tanah kediaman di negeri Selangor. Secara umumnya, senario pembangunan harta tanah di Malaysia diberitakan bahawa berlaku situasi unit tidak terjual (“overhang”) bag...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Omar, Shahril
Format: Thesis
Language:English
Published: 2022
Subjects:
Online Access:http://eprints.utm.my/id/eprint/99726/1/ShahrilOmarMFABU2022.pdf
http://eprints.utm.my/id/eprint/99726/
http://dms.library.utm.my:8080/vital/access/manager/Repository/vital:149958
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian Penyelidikan ini dijalankan adalah bagi mengenal pasti pembangunan Rumah Selangorku (RSKU) memberi kesan terhadap pasaran harta tanah kediaman di negeri Selangor. Secara umumnya, senario pembangunan harta tanah di Malaysia diberitakan bahawa berlaku situasi unit tidak terjual (“overhang”) bagi unit kediaman yang mewujudkan persoalan samada pembangunan RSKU atau rumah mampu milik yang lain sesuai dibangunkan dengan keadaan situasi pasaran harta tanah sekarang. Oleh yang demikian, kajian ini akan memfokuskan kepada kesan pembangunan ini kepada permintaan dan penawaran terhadap harta tanah kediaman yang lain. Kajian penyelidikan akan dijalankan dengan melibatkan pensampelan dari rakyat negeri Selangor yang akan melibatkan penggunaan soal selidik dan seterusnya akan diolah menggunakan kaedah analisa skala likert serta analisa-analisa bagi menentukan signifikan terhadap pemboleh ubah dan attribute yang lain terhadap persoalan bagi mencapai objektif kajian. Ini juga bagi menentukan faktor-faktor yang bersesuaian untuk membangunkan RSKU. Seterusnya analisa terhadap data-data sekunder atau data kuantitatif juga akan dijalankan bagi mendapatkan jawapan berkenaan sebarang kesan terhadap permintaan dan penawaran harta tanah kediaman di negeri Selangor. Di akhir kajian ini, setelah penemuan dan dapatan telah dikenal pasti dari analisa yang telah dijalankan, maka ulasan dan cadangan penambahbaikan bagi pembangunan RSKU pada masa akan datang. Kajian ini juga diharapkan dapat menjadikan RSKU sebagai model contoh bagi pembangunan rumah mampu milik yang lain.