Kajian rintis kesan-kesan perintah kawalan pergerakan coronavirus 2019 (COVID-19) pada wanita Islam

Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) telah diisytiharkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia sebagai darurat kesihatan dan wabak global pada 11 Mac 2020. Beberapa negara telah menguatkuasakan perintah kawalan pergerakan bagi mengawal penyebaran COVID-19. Malangnya, penguatkuasaan ini memberi kesan kep...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Mohd. Arof, Khairul Zahreen, Ghazali, Mohd. Al’ikhsan, Awang, Mohd. Daud, Abd. Rashid, Mohd. Hambali, Abdul Razak, Nadeera
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Melaka (UNIMEL) 2021
Subjects:
Online Access:http://eprints.utm.my/id/eprint/98352/1/MohdHambaliAbd2021_KajianRintisKesanKesanPerintahKawalan.pdf
http://eprints.utm.my/id/eprint/98352/
https://kuim.edu.my/journal/index.php/JULWAN/article/view/891
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) telah diisytiharkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia sebagai darurat kesihatan dan wabak global pada 11 Mac 2020. Beberapa negara telah menguatkuasakan perintah kawalan pergerakan bagi mengawal penyebaran COVID-19. Malangnya, penguatkuasaan ini memberi kesan kepada kebanyakan industri secara keseluruhannya serta kehidupan masyarakat umum terutama dari aspek rohani, fizikal, emosi, kewangan dan juga intelektual. Artikel ini cuba untuk mengkaji kesan-kesan penguatkuasaan perintah kawalan pergerakan COVID-19 terhadap kehidupan manusia yang mana meliputi aspek rohani, fizikal, emosi, intelektual dan kewangan secara terperinci dengan pengkhususan kepada wanita Islam dari beberapa negara beberapa negara terpilih. Borang soal selidik dihasilkan berdasarkan tinjauan literatur yang sistematik dan 30 orang responden telah berjaya dikumpulkan dari setiap negara yang dipilih sebagai kajian rintis. Borang soal selidik yang digunakan, telah dibangunkan melalui proses tinjauan literatur sistematik pada kajian-kajian yang seumpama dengan skop kajian ini. Seramai 30 orang responden dari kalangan wanita Islam yang telah dipilih mewakili negara Malaysia, Kenya, Arab Saudi, Mesir dan Oman. Hasil kajian menunjukkan wanita Islam di Malaysia, Kenya, Arab Saudi, Mesir dan Oman terkesan secara positif dari aspek rohani, fizikal dan intelektual berikutan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan COVID-19. Namun demikian, wanita Islam di Kenya pula tidak menunjukkan sebarang impak dari segi aspek rohani. Bagi aspek lain, terutamanya fizikal, emosi dan kewangan; kajian menunjukkan tren yang sangat berbeza bagi kelima-lima negara berkemungkinan disebabkan oleh faktor budaya setempat.