Persepsi penyewa terhadap kontrak perjanjian penyewaan perumahan persendirian

Perumahan merupakan elemen penting dalam menjamin kesejahteraan penduduk. Penyewaan kediaman menjadi alternatif dalam memenuhi keperluan asas tempat tinggal. Ketiadaan undang-undang khas dalam penyewaan menyebabkan tiada kawalan dalam perlaksanaan urusniaga sewa kediaman terutamanya dalam penyediaan...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Adam, Siti Jaliah
Format: Thesis
Language:English
Published: 2021
Subjects:
Online Access:http://eprints.utm.my/id/eprint/98256/1/SitiJaliahAdamMFABU2021.pdf
http://eprints.utm.my/id/eprint/98256/
http://dms.library.utm.my:8080/vital/access/manager/Repository/vital:144550
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Perumahan merupakan elemen penting dalam menjamin kesejahteraan penduduk. Penyewaan kediaman menjadi alternatif dalam memenuhi keperluan asas tempat tinggal. Ketiadaan undang-undang khas dalam penyewaan menyebabkan tiada kawalan dalam perlaksanaan urusniaga sewa kediaman terutamanya dalam penyediaan kontrak perjanjian penyewaan. Kandungan perjanjian penyewaan yang sangat longgar, terma yang sukar difahami dan bebas ditentukan mengikut kehendak masing-masing menyebabkan berlakunya ketidakseimbangan hak antara tuan rumah dan penyewa. Oleh itu kajian ini bertujuan mengkaji kontrak perjanjian penyewaan agar dapat melindungi penyewa dan sekaligus menambahbaik kontrak perjanjian penyewaan sedia ada. Instrumen soal selidik telah digunakan dalam kajian ini untuk mendapatkan maklum balas daripada responden. Data yang diperolehi dianalisis dengan Perisian SPSS. Statistik deskriptif iaitu frekuensi, peratusan dan min telah digunakan untuk menjelaskan profil responden dan menjawab persoalan kajian. Seramai 106 responden yang terdiri daripada penyewa dipilih secara rawak. Hasil dapatan kajian mendapati keseluruhan kontrak perjanjian penyewaan sedia ada berada pada tahap yang memuaskan. Walaubagaimanapun, terdapat beberapa terma yang berada pada tahap kurang memuaskan dan tidak memuaskan iaitu tanggungjawab tuan rumah dari segi penyelenggaran rumah dan pembaikan kerosakan, maklumat inventori, penggunaan wang cagaran, jumlah wang cagaran dan deposit utiliti, tempoh pembayaran deposit dan notis bertulis penamatan sewa daripada pemilik. Kajian ini di harap dapat memberi panduan bagi menambahbaik terma-terma di dalam kontrak perjanjian penyewaan pada masa hadapan.