Amalan induksi set dalam pengajaran dan pembelajaran guru prasekolah bagi disiplin ilmu Pendidikan Islam
Induksi set sangat penting setiap permulaan pengajaran dan pembelajaran (PdP). Kajian kualitatif ini bertujuan meneroka amalan induksi set guru yang mengajar Pendidikan Islam bagi murid prasekolah. Seramai lapan orang guru dari empat buah prasekolah kerajaan dan empat buah prasekolah swasta di seki...
Saved in:
Main Authors: | , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit UTM Press
2021
|
Subjects: | |
Online Access: | http://eprints.utm.my/id/eprint/97809/1/KamarulAzmi2021_AmalanInduksiSetdalamPengajaran.pdf http://eprints.utm.my/id/eprint/97809/ http://dx.doi.org/10.11113/umran2021.8n2.459 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Induksi set sangat penting setiap permulaan pengajaran dan pembelajaran (PdP). Kajian kualitatif ini bertujuan meneroka amalan induksi set guru yang mengajar Pendidikan Islam bagi murid prasekolah. Seramai lapan orang guru dari empat buah prasekolah kerajaan dan empat buah prasekolah swasta di sekitar Johor Bahru dipilih secara ‘pemilihan bertujuan’ sebagai peserta kajian. Pemilihan peserta kajian berdasarkan kriteria yang ditetapkan, iaitu bersetuju secara sukarela untuk diperhatikan, ditemu bual serta bersetuju untuk dianalisis segala dokumen berkaitan dengan diri dan pengajaran mereka. Pemilihan juga berdasarkan persetujuan dari pihak penyelia, panel pakar pengkaji, juga kebenaran daripada pihak pentadbir prasekolah tersebut. Selain itu, guru yang dipilih adalah berdasarkan kedudukan prasekolah yang berada dalam daerah Johor Bahru sahaja serta memenuhi kategori yang ditentukan pengkaji. Seterusnya prasekolah yang dipilih adalah melaksanakan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam. Pengumpulan data dilakukan secara triangulasi melalui teknik pemerhatian, temu bual dan analisis dokumen. Data dianalisis menggunakan ‘Nvivo 12’ telah menghasilkan tema dan sub tema. Tema tersebut seterusnya melalui proses pengesahan tema oleh lima orang pakar. Dapatan kajian ini menunjukkan empat elemen utama dalam pelaksanaan induksi set di bilik darjah yang bersesuaian dengan murid prasekolah, iaitu menstruktur, perkaitan kognitif, mewujudkan motivasi, dan menarik perhatian dijadikan amalan para guru. Diharapkan kajian ini boleh memberi panduan dan amalan para guru khususnya guru Pendidikan Islam yang mengajar murid prasekolah. |
---|