Perspekif orientalisme tentang Islam di Borneo

Orientalis Barat yang menulis tentang Islam di Borneo boleh dibahagikan kepada dua kelompok iaitu pertama, pengembara, padri atau jurnalis seperti Horace St. John dan Snouck Hurgronje. Sebahagian daripada mereka boleh bertutur dan menulis dalam Bahasa Melayu. Snouck Hogranje merupakan antara penulis...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Yaacob, Hashim Fauzy
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit UTM Press 2021
Subjects:
Online Access:http://eprints.utm.my/id/eprint/97808/1/HashimFauzy2021_PerspekifOrientalismeTentangIslamdiBorneo.pdf
http://eprints.utm.my/id/eprint/97808/
http://dx.doi.org/10.11113/umran2021.8n2.465
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Orientalis Barat yang menulis tentang Islam di Borneo boleh dibahagikan kepada dua kelompok iaitu pertama, pengembara, padri atau jurnalis seperti Horace St. John dan Snouck Hurgronje. Sebahagian daripada mereka boleh bertutur dan menulis dalam Bahasa Melayu. Snouck Hogranje merupakan antara penulis yang berpengaruh sehingga menyumbang kepada pembentukan banyak polisi kerajaan Belanda di Indonesia. Kelompok kedua ialah daripada tokoh-tokoh imperialis yang terdiri daripada pentadbir atau pegawai kolonial seperti Stamford Raffles, Spenser St. John dan Hugh Low yang membuat polisi tetapi mereka juga kadang-kadang membuat catatan dan menulis buku-buku yang menjadi rujukan pengembara yang lain. James Brooke misalnya menjadikan karya Raffles sebagai panduan memahami sifat-sifat orang Melayu dan keadaan di Nusantara. Terdapat orientalis yang membuat penelitian dan penghuraian secara objektif mengenai masyarakat di Borneo. Begitu juga terdapat banyak penghuraian tentang pemerintahan, sistem sosio-budaya, tentang masyarakat Melayu-Islam dan tentang Islam itu sendiri dibuat secara yang tidak objektif, berat sebelah, prejudis, mempunyai sikap permusuhan dengan tujuan untuk memburuk-burukkan agama Islam dan penduduk peribumi. Antara perspektif yang paling menonjol tentang Islam di Borneo ialah penggunaan istilah ”mohammadenism” bagi merujuk kepada agama Islam. Konsep ini turut digunakan dalam persidangan-persidangan resmi kerajaan penjajah seperti ”Council Negeri” Sarawak. Bertolak daripada premis ini, tulisan ini akan mengupas pandangan bersifat orientalisme tentang Islam di Borneo berdasarkan sumber-sumber bersifat sejarah.