Peranan sektor pelancongan dalam meningkatkan pendapatan golongan wanita Orang Asli

Masalah kemiskinan merupakan masalah utama yang membelenggu komuniti Orang Asli sejak dahulu lagi. Sektor pelancongan merupakan satu sektor yang dapat menyumbangkan pendapatan kepada golongan ini tanpa perlu mengeluarkan modal yang besar. Peranan golongan wanita di dalam proses pembangunan masyaraka...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Roddin, Rohayu, Yusof, Yusmarwati, Mukhtar, Marina Ibrahim, Kamarudin, Khairul Hisyam, Ahmad Hariri, Tun Ili Ayuni
Format: Article
Language:English
Published: Global Academic Excellence (M) Sdn Bhd 2021
Subjects:
Online Access:http://eprints.utm.my/id/eprint/97720/1/KhairulHisyam2021_PerananSektorPelanconganDalamMeningkatkan.pdf
http://eprints.utm.my/id/eprint/97720/
http://dx.doi.org/10.35631/JTHEM.624004
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Masalah kemiskinan merupakan masalah utama yang membelenggu komuniti Orang Asli sejak dahulu lagi. Sektor pelancongan merupakan satu sektor yang dapat menyumbangkan pendapatan kepada golongan ini tanpa perlu mengeluarkan modal yang besar. Peranan golongan wanita di dalam proses pembangunan masyarakat dilihat sebagai satu jalan penyelesaian yang holistik di mana mereka dilihat mampu menyumbang kepada kemajuan dan pembangunan masyarakat dan negara. Melalui sektor pelancongan, wanita dalam kalangan orang asli mampu memasarkan produk, kemahiran dan kebolehan mereka melalui penghasilan kraftangan dan persembahan kebudayaan.. Kajian dilakukan secara kualitatif dengan memberi tumpuan kepada wanita dari suku kaum Mah Meri di Kampung Sungai Bumbun, Pulau Carey, Selangor. Lokasi ini dipilih kerana pengembangan, penyediaan kemudahan dan pemusatan aktiviti pelancongan banyak dilaksanakan di sini. Responden yang dipilih telah terlibat secara aktif dalam penghasilan kraftangan dan aktiviti kebudayaan. Dapatan kajian menunjukkan sektor pelancongan mampu membawa perubahan yang besar di mana golongan wanita suku kaum orang asli Mah Meri dapat meningkatkan pendapatan mereka berbanding sebelum menyertai sektor ini. Melalui kajian ini, diharapkan dapat memberi gambaran yang jelas berkaitan peranan sektor pelancongan dalam meningkatkan pendapatan golongan wanita Orang Asli.