Sistem pementoran berstrategi di kalangan staf akademik PPD SPACE UTM
Kajian ini dijalankan bertujuan membina satu sistem pementoran secara berstrategi untuk diguna pakai dan mengenal pasti tahap kesediaan staf akademik di PPD SPACE UTM terhadap sistem ini. Banyak kepentingan dan faedah sistem pementoran kepada staf akademik dan organisasi terutamanya dari segi kenaik...
Saved in:
Main Authors: | , , , , , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Secholian Publication
2021
|
Subjects: | |
Online Access: | http://eprints.utm.my/id/eprint/97452/1/YusmadyMdJunus2021_SistemPementoranBerstrategidiKalanganStaf.pdf http://eprints.utm.my/id/eprint/97452/ http://dx.doi.org/10.47405/mjssh.v6i8.959 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Kajian ini dijalankan bertujuan membina satu sistem pementoran secara berstrategi untuk diguna pakai dan mengenal pasti tahap kesediaan staf akademik di PPD SPACE UTM terhadap sistem ini. Banyak kepentingan dan faedah sistem pementoran kepada staf akademik dan organisasi terutamanya dari segi kenaikan pangkat, pengurusan bakat dan lain-lain. Kajian ini melibatkan 87 responden daripada 94 populasi staf akademik di PPD SPACE UTM di Kampus Kuala Lumpur dan Johor Bahru. Data telah dikumpulkan melalui instrumen borang soal selidik yang telah diedarkan kepada semua staf akademik. Hasil daripada kajian literatur yang telah dilaksanakan, satu sistem pementoran berstrategi telah dibangunkan iaitu objektif kajian pertama. Bagi objektif kedua, analisis kajian mendapati bahawa 97.70% staf akademik bersedia menerima pelaksanaan pementoran berstrategi. Didapati bahawa, faktor kepentingan sistem mentor-menti yang utama kepada staf akademik adalah dapat meningkatkan keberkesanan pengajaran, penyelidikan dan perkembangan profesional iaitu 56.32%. Manakala 28.74% menyatakan pementoran menyokong prestasi kenaikan pangkat di kalangan staf dan 5.75% menyatakan ia meningkatkan minat dalam kerjaya akademik. Dan masing-masing 4.60% berpendapat faedah kepentingan sistem pementoran ini dapat mempromosikan perkembangan kerjaya dan kepuasan serta 4.60% lagi menyatakan ia dapat meningkatkan produktiviti PPD SPACE UTM. Kesimpulannya, terdapat banyak kepentingan yang boleh diperoleh dari sistem pementoran berstrategi ini. Sokongan dan komitmen daripada staf akademik dan pihak pengurusan tertinggi UTMSPACE adalah diperlukan bagi menjayakan program pementoran berstrategi di peringkat PPD SPACE UTM dan seterusnya dikembangkan di peringkat UTMSPACE secara keseluruhannya. |
---|