Ekplorasi kajian literatur konsep usahawan Al-Falah menurut pandangan ahli sarjana

Kajian keusahawanan Islam dan kaitannya dengan kejayaan tidak banyak dilakukan oleh para cendekiawan Islam. Di dalam ‘review dan research agenda’ yang mengumpulkan kajian kesan keagamaan dan kerohanian terhadap aktiviti keusahawanan menunjukkan sebahagian besar kajian di pelopori oleh cendekiawan bu...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Muhamad Ali, Musa, Abu Hussin, Mohd. Fauzi, Md. Sawari, Siti Salwa
Format: Article
Published: NUN Gemilang Enterprise 2021
Subjects:
Online Access:http://eprints.utm.my/id/eprint/97416/
https://qalamjournal.com/index.php/home/article/view/8
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian keusahawanan Islam dan kaitannya dengan kejayaan tidak banyak dilakukan oleh para cendekiawan Islam. Di dalam ‘review dan research agenda’ yang mengumpulkan kajian kesan keagamaan dan kerohanian terhadap aktiviti keusahawanan menunjukkan sebahagian besar kajian di pelopori oleh cendekiawan bukan Islam. Maka dengan itu terdapat kelopongan yang jelas dalam bidang ini. Tujuan artikel ini adalah menjelaskan konsep usahawan al- Falah dalam kalangan sarjana. Kajian ini berbentuk kajian literatur yang mana pengkaji menggunakan sumber-sumber sekunder daripada artikel, tesis dan juga wacana-wacana ilmiah bagi menjelaskan konsep-konsep yang mendukung usahawan Muslim Berjaya. Daripada hasil kajian literatur, pengkaji mendapati secara asasnya, usahawan Muslim berjaya dari perspektif muamalah Islam merupakan individu cemerlang bukan sahaja dalam aktiviti keusahawanan tetapi pada masa yang sama taat pada perintah agama. Dalam perspektif Islam, keseimbangan seseorang usahawan memperolehi kejayaan dunia dan pada masa yang sama memenuhi tuntutan agama dan syariat dikenali sebagai usahawan ‘al - Falah’. Dengan erti kata lain, konsep al - Falah adalah suatu pencapaian cemerlang mencakupi keseluruhan aspek kehidupan manusia meliputi kerohanian, kebendaan, moral dan sebagainya untuk mencapai kejayaan di dunia dan akhirat.