Degradasi Gas Benzena Melalui Proses Pemangkinanfoto Saput Tipis TiO2
Pengoksidaanfoto benzena fasa gas menggunakan saput tipis TiO2 yang disinari lampu ultralembayung telah dikaji. Saput tipis ini disediakan melalui kaedah celup angkat menggunakan sol-gel TiO2. Tindak balas yang sama juga telah dijalankan menggunakan saput ti pis TiO2 yang didop dengan Cu2+ dan Fe3+...
Saved in:
Main Authors: | , , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit UTM Press
2001
|
Subjects: | |
Online Access: | http://eprints.utm.my/id/eprint/889/1/JT34C6.pdf http://eprints.utm.my/id/eprint/889/ http://www.penerbit.utm.my/onlinejournal/34/C/JT34C6.pdf |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Pengoksidaanfoto benzena fasa gas menggunakan saput tipis TiO2 yang disinari lampu ultralembayung telah dikaji. Saput tipis ini disediakan melalui kaedah celup angkat menggunakan
sol-gel TiO2. Tindak balas yang sama juga telah dijalankan menggunakan saput ti pis TiO2 yang didop dengan Cu2+ dan Fe3+ dengan nisbah mol TiO2 terhadap ion logam 1:0.005, 1:0.001, 1:0.0005 dan 1:0.0003. Hasil kajian menunjukkan mangkin TiO2 dengan pancaran cahaya UV (354 nm)
mendegradasikan gas benzena sebanyak 90% dalam masa 55 minit. Walau bagaimanapun penambahan ion Fe3+ dengan nisbah 1:0.0005 meningkatkan peratus degradasi benzena kepada
98% dalam masa 55 minit, sebaliknya penambahan Cu2+ memberikan kesan negatif kepada aktiviti foto TiO2. Kajian juga memperolehi satu nilai optimum dengan aktiviti pemangkinan adalah tertinggi bagi kedua-dua ion Fe3+ dan Cu2+. Pengaruh panjang gelombang cahaya ke atas aktiviti foto TiO2 juga telah dikaji dengan menggunakan mangkin TiO2 dop Fe3+ dengan nisbah optimum. Hasil kajian menunjukkan bahawa degradasi gas benzena meningkat dengan pengurangan tenaga cahaya yang dipancarkan. |
---|