Konsepsi pengajaran pensyarah dan hubungannya dengan persekitaran pengajaran pensyarah

Kualiti pengajaran telah menjadi salah satu agenda penting bagi universiti di dunia. Pengajaran yang baik dan berkualiti bukan hanya menjadi tanggungjawab pensyarah, malah ia menjadi kritikal dalam menentukan kredibiliti sesebuah universiti. Salah satu daripada konsep yang penting dalam proses dan a...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Sihes, Ahmad Johari, Sidin, Zaitun
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit UTM Press 2008
Subjects:
Online Access:http://eprints.utm.my/id/eprint/8830/3/AhmadJohariSihes2008_KonsepsiPengajaranPensyarahdanHubungannya.pdf
http://eprints.utm.my/id/eprint/8830/
http://www.penerbit.utm.my/onlinejournal/48/E/JT48E10.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kualiti pengajaran telah menjadi salah satu agenda penting bagi universiti di dunia. Pengajaran yang baik dan berkualiti bukan hanya menjadi tanggungjawab pensyarah, malah ia menjadi kritikal dalam menentukan kredibiliti sesebuah universiti. Salah satu daripada konsep yang penting dalam proses dan aktiviti pengajaran ialah konsepsi pengajaran. Konsepsi pengajaran menjadi dasar dalam memotivasikan tindakan pensyarah semasa pengajaran dalam kelas dan juga di luar kelas. Konsepsi pengajaran seseorang pensyarah merupakan satu ‘model’ dalam mindanya berkenaan amalan, konteks dan tujuan mengajar yang mempengaruhi perancangan, membuat keputusan dan tindakan mereka. Persoalan yang dikaji dalam artikel ini ialah apakah konsepsi pengajaran dan persepsi persekitaran pengajaran pensyarah, serta bagaimanakah hubungan antara kedua-duanya. Seramai 313 orang pensyarah daripada Universiti Teknologi Malaysia terlibat dalam kajian ini. Data diperolehi menggunakan soal selidik Lecturer’s Conception of Teaching and Learning dan Perception of Teaching Environment. Keputusan menunjukkan kebanyakan pensyarah lebih cenderung kepada konsepsi pengajaran orientasi memudahkan pembelajaran berbanding orientasi pemindahan ilmu pengetahuan, serta mempunyai persepsi yang positif terhadap persekitaran pengajaran mereka.