Amalan diagnosis dalam perubatan melayu berdasarkan kitab tib

Artikel ini akan mengetengahkan amalan-amalan yang dilakukan dalam perubatan Melayu bagi mendiagnos sesuatu penyakit yang dihadapi oleh seseorang pesakit berdasarkan maklumat yang terkandung dalam kitab tib. Kajian ini akan memfokuskan kepada enam buah kitab tib yang telah ditransliterasikan kepada...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Mat Salleh, Fairuzah, Saari, Zilal, Abdul Rahman, Nur Najwa Hanani, Mustafa, Norhissam
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit UTM Press 2020
Subjects:
Online Access:http://eprints.utm.my/id/eprint/87225/1/FairuzahMatSalleh2020_AmalanDiagnosisDalamPerubatanMelayu.pdf
http://eprints.utm.my/id/eprint/87225/
http://dx.doi.org/10.11113/umran2020.6n3-2.417
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Artikel ini akan mengetengahkan amalan-amalan yang dilakukan dalam perubatan Melayu bagi mendiagnos sesuatu penyakit yang dihadapi oleh seseorang pesakit berdasarkan maklumat yang terkandung dalam kitab tib. Kajian ini akan memfokuskan kepada enam buah kitab tib yang telah ditransliterasikan kepada tulisan rumi. Seterusnya, kitab-kitab ini akan dianalisa bagi menentukan amalan mendiagnos yang dikemukakan dan distrukturkan semula maklumatnya berdasarkan kategori dan justifiksi tertentu. Tujuan utama adalah untuk menganalisa kandungan kitab tib berdasarkan kepada tiga kriteria iaitu (i) amalan diagnosis yang digunakan di dalam setiap kitab tib tersebut,(ii) unsur-unsur yang mempengaruhi diagnosis berdasarkan setiap kitab tib tersebut, (iii) kaedah diagnosis utama yang diutarakan berdasarkan setiap kitab tib tersebut. Hasil daripada kajian ini mendapati amalan diagnosis di dalam perubatan Melayu berdasarkan kitab-kitab tib ini menekankan tentang mengenalpasti ketidakseimbangan antara empat unsur utama tubuh iaitu angin, api, air dan tanah. Keempat-empat unsur ini akan mempengaruhi keadaan bendalir di dalam badan dan seterusnya mempengaruhi hasil diagnosis. Sehubungan ini, ia dapat membantu menentukan rawatan yang sesuai untuk diberikan kepada pesakit, namun turut perlu kepada maklumat analisa bersifat semasa bagi menghasilkan keputusan rawatan yang lebih tepat.