Kesan pembelajaran berasaskan inkuiri dengan integrasi video terhadap pencapaian pelajar dalam pembelajaran matematik

Implementasi kaedah pengajaran yang aktif beserta dengan rancangan pengajaran yang kreatif dapat membantu dalam meningkatkan pemahaman murid. Justeru kajian yang dijalankan adalah bertujuan untuk mengkaji kesan kaedah Pembelajaran Berasaskan Inkuiri yang mengintegrasikan video terhadap pencapaian pe...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Rozali, Nur Aqilah, Abd. Halim, Noor Dayana
Format: Article
Published: School of Education 2020
Subjects:
Online Access:http://eprints.utm.my/id/eprint/87070/
http://161.139.21.34/itlj/index.php/itlj/article/view/42
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Implementasi kaedah pengajaran yang aktif beserta dengan rancangan pengajaran yang kreatif dapat membantu dalam meningkatkan pemahaman murid. Justeru kajian yang dijalankan adalah bertujuan untuk mengkaji kesan kaedah Pembelajaran Berasaskan Inkuiri yang mengintegrasikan video terhadap pencapaian pelajar dalam pembelajaran Matematik iaitu topik 3 Dimensi. Dalam kajian ini, Model Inkuiri 5E oleh Baybee dan beberapa alatan teknologi video dari YouTube dan Powtoon telah di gunakan dalam aktiviti PdPc. Seramai 22 orang pelajar Tahun 3 telah terlibat dalam kajian pra-eksperimenini. Instrumen untuk mengukur kefahaman pelajar setelah menjalani intervensi telah dibangunkan untuk mengkaji kesan rekabentuk PdPc terhadap pencapaian pelajar. Analisis deskriptif Ujian Pencapaian Matematik menunjukkan terdapat perbezaansignifikandi antara ujian pra dan ujian pos iaitu mengalami peningkatan sebanyak 15.19%. Ini menunjukkan bahawa terdapat kesan yang positif kepada pelajar setelah mereka terlibat secara dalam aktiviti yang telah dirancang. Kesimpulannya, kajian ini dapat membantu guru untuk mereka bentuk proses pengajaran yang efektif melalui penerapan pembelajaran abad ke-21 dan juga pengintegrasian teknologi dalamaktiviti PdPc.