Elemen Pengurusan Kelas Pensyarah Cemerlang Pendidikan Islam di Politeknik

Artikel ini membincangkan elemen pengurusan kelas yang dimiliki oleh Pensyarah Cemerlang Pendidikan Islam (PCPI) sebagai seorang pendidik di politeknik. Pendekatan kajian ini menggunakan sepenuhnya kajian kualitatif menerusi kaedah kajian kes. Seramai enam orang Pensyarah Cemerlang Pendidikan Islam...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Mohd Noor, Ahmad Firdaus, Jasmi, Kamarul Azmi, A Shukor, Khairunnisa, Zainal Abidin, Mohd Zahirwan Halim, Abd Razak, Muhd Imran, Khalid, Nurul Khairiah, Abd Rahman, Mohd Farhan, Abd Basir, Mukhamad Khafiz
Format: Article
Language:English
Published: UiTM Cawangan Perlis 2020
Subjects:
Online Access:http://eprints.utm.my/id/eprint/86275/1/AhmadFirdausMohd%20Noor2020_ElemenPengurusanKelasPensyarah%20Cemerlang.pdf
http://eprints.utm.my/id/eprint/86275/
https://jurnalintelek.uitm.edu.my/index.php/main
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Artikel ini membincangkan elemen pengurusan kelas yang dimiliki oleh Pensyarah Cemerlang Pendidikan Islam (PCPI) sebagai seorang pendidik di politeknik. Pendekatan kajian ini menggunakan sepenuhnya kajian kualitatif menerusi kaedah kajian kes. Seramai enam orang Pensyarah Cemerlang Pendidikan Islam dipilih sebagai peserta kajian temu bual ini dan disokong oleh tiga orang Ketua Unit Pendidikan Islam, 12 orang rakan pensyarah, dan 12 orang pelajar. Seterusnya data temu bual ini ditriangulasikan dengan dapatan data yang dikumpul dari pemerhatian dan analisis dokumen. Analisis kajian ini menggunakan perisian N’Vivo 7.0 bagi menghasilkan tema dan ciri pengurusan kelas Pensyarah Cemerlang Pendidikan Islam di politeknik sehinggalah membentuk pola. Hasil kajian menunjukkan terdapat 13 elemen pengurusan kelas yang dimiliki oleh Pensyarah Cemerlang Pendidikan Islam di politeknik. Semua elemen ini dimiliki oleh sebahagian besar PCPI dan mencapai tahap pola, iaitu mengingati dan memanggil nama pelajar,mengaitkan pelajar dengan PdP, memahami keadaan pelajar, tegas pada tempat, memberi teguran secara berhikmah, mendekatkan diri dengan pelajar, meninggikan suara, pensyarah datang awal, mencari penyelesaian, menggunakan unsur jenaka, penekanan adab belajar, tidak menekankan hukuman dan tidak mengabaikan pelajar bukan Islam. Kata kunci: Pengurusan Kelas, Pensyarah Cemerlang Pendidikan Islam, Politeknik.