Trust model etika perniagaan Islam dan analisis rangkaian sosial

Trust model adalah satu perkara yang dibina bagi pengguna seperti pembeli dan penjual yang berfokuskan dalam perniagaan secara virtual seperti e-dagang dan seumpamanya. Trust model yang dibangunkan berdasarkan etika Islam dan diperbaiki dengan menggunakan analisis rangkaian sosial atau dienali sebag...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Kanafiah, Muhammad Yusof Hakimi, Ziatol Ihazair, Muhammad Abu Naim, Jasmi, Kamarul Azmi
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: 2020
Subjects:
Online Access:http://eprints.utm.my/id/eprint/86269/1/6%20MuhammadYusofHakimiKanafiah2020_TrustModelEtikaPerniagaanIslam.pdf
http://eprints.utm.my/id/eprint/86269/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Trust model adalah satu perkara yang dibina bagi pengguna seperti pembeli dan penjual yang berfokuskan dalam perniagaan secara virtual seperti e-dagang dan seumpamanya. Trust model yang dibangunkan berdasarkan etika Islam dan diperbaiki dengan menggunakan analisis rangkaian sosial atau dienali sebagai SNA (sosial network analysis). Perkara ini menjadi isu dalam masyarakat kini dimana perkembangan hasil daripada kerangka konvensional yang menjalankan perniagaan secara alam maya (online). Etika perniagaan Islam sangat penting dalam membina trust model dan diperbaiki dengan berdasarkan sistem analisis rangkaian sosial untuk pembangunan dan kebaikan umum dan masyarakat Islam khususnya. Oleh itu, artikel ini bertujuan untuk mengkaji dan menganalisis tentang pembinaan trust model berdasarkan etika perniagaan Islam dan analisis rangkaian sosial dengan menyatakan definisi etika perniagaan Islam dan analisi rangkaian sosial. Kajian ini menggunakan kaedah kajian kepustakaan untuk mengupas tentang etika perniagaan Islam dan analisis rangkaian sosial dalam pembinaan trust model daripada sumber sekunder seperti artikel, jurnal, buku dan literasi yang berkaitan. Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat empat etika perniagaan Islam dan juga empat perkara dalam analisi rangkaian sosial. Empat etika perniagaan Islam adalah merangkumi dari segi pemasaran produk, penghasilan produk, pengurusan kewangan dan pengurusan sumber manusia. Manakala analisis rangkaian sosial pula akan diterangkan tentang definisi, fungsi dalam perniagaan, bentuk dan kelebihan menggunakan analisi rangkaian sosial.