Amalan dan doa ketika huru-hara kiamat Warid daripada al-Quran dan Sunah. Siri 4. Siri Buku Amalan Harian

Amalan dan Doa Ketika Huru-Hara Kiamat Warid daripada al-Quran dan Sunah. Siri 4. Siri Buku Amalan harian merupakan siri ke-4 buku yang dikeluarkan oleh Akademi Tamadun Islam, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusian (FSSK), Universiti Teknologi Malaysia (UTM) untuk tujuan dijadikan amalan harian yang sa...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Jasmi, Kamarul Azmi
Format: Book
Language:English
English
Published: Akademi Tamadun Islam, FSSK, UTM 2020
Subjects:
Online Access:http://eprints.utm.my/id/eprint/86229/1/KamarulAzmiJasmi2020_Amalan%2CdanDoaKetikaHariKiamat.Cover.pdf
http://eprints.utm.my/id/eprint/86229/2/KamarulAzmiJasmi2020_Amalan%2CdanDoaKetikaHariKiamat.LengkapWeb.pdf
http://eprints.utm.my/id/eprint/86229/
https://www.researchgate.net/publication/342510902_Amalan_dan_Doa_Ketika_Huru-Hara_Kiamat_Siri_4_Siri_Buku_Amalan_Harian
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Amalan dan Doa Ketika Huru-Hara Kiamat Warid daripada al-Quran dan Sunah. Siri 4. Siri Buku Amalan harian merupakan siri ke-4 buku yang dikeluarkan oleh Akademi Tamadun Islam, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusian (FSSK), Universiti Teknologi Malaysia (UTM) untuk tujuan dijadikan amalan harian yang sangat berguna bagi umat Islam ketika proses era kiamat sedang berlaku. buku ini akan menfokuskan tentang perbahasan tentang amalan, zikir, tasbih, dan doa ketika umat Islam sedang melalui saat genting ketika hampir kiamat dan ketika kedatangan Dajjal pada hari kiamat yang sekarang ini sedang berlaku sehingga dunia ini benar-benar dimusnahkan oleh Allah SWT. Amalan yang dianjurkan adalah amalan ketika dalam peperangan; doa dan rawatan untuk sakit dan penyakit, doa agar dikekalkan dalam iman dan Islam; tasbih dan zikir untuk menguatkan rohani; dan amalan bacaan agar terpelihara daripada fitnah Dajjal. Pada bahagian kedua daripada buku ini pula, penulis cuba mengupas sumber amalan, tasbih, zikir, dan doa dengan sumber yang menjadi sandaran amalan daripada al-Quran dan sunnah. Tujuan kupasan ini agar umat Islam memiliki keyakinan yang sempurna dalam mengamalkan semua amalan, zikir, tasbih, dan doa yang dianjurkan untuk diamalkan ini. Buku ini diharap dapat dimanfaatkan oleh umat Islam sebagai panduan untuk beramal, bertasbih, berzikir, dan berdoa agar manfaat rohani dan jasmani umat Islam dapat dibangunkan. Hal ini kerana, semua amalan ini merupakan antara aspek terpenting sebagai persediaan umat Islam dalam menghadapi zaman akhir pada hari kiamat.