Pusat Asuhan untuk Orang Tua Menurut Perspektif Islam

Orang tua atau lebih dikenali juga sebagai warga emas adalah tergolong dalam kumpulan warga yang semakin meningkat bilangannya dari semasa ke semasa. Berdasarkan keputusan beberapa kajian yang dijalankan melalui badan-badan tertentu dalam kerajaan ataupun swasta, kumpulan ini akan mendominasi sebany...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Abdul Razak, Muhammad Hazwan, Nurhadi, Ahmad Ainol Mohklisin, Basiron, Bushrah
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: 2019
Subjects:
Online Access:http://eprints.utm.my/id/eprint/84017/1/MuhammadHazwanAbdulRazak2019_PusatAsuhanuntukOrangTua.pdf
http://eprints.utm.my/id/eprint/84017/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Orang tua atau lebih dikenali juga sebagai warga emas adalah tergolong dalam kumpulan warga yang semakin meningkat bilangannya dari semasa ke semasa. Berdasarkan keputusan beberapa kajian yang dijalankan melalui badan-badan tertentu dalam kerajaan ataupun swasta, kumpulan ini akan mendominasi sebanyak lebih 11.7 peratus menjelang tahun 2020 (Ishak, S.,2014). Warga emas ini adalah merupakan golongan yang penting dalam sesebuah masyarakat kerana mereka juga berperanan dan mempunyai hak sosial dalam stratifikasi kemasyarakatan. Namun begitu, didapati sejumlah kes yang melibatkan golongan tersebut memperlihatkan mereka berada dalam keadaan yang terabai dan ttidak terurus serta tidak terjamin kesejahteraan hidup mereka. Oleh itu, kertas kerja ini akan membincangkan pusat asuhan orang tua mengikut perspektif Islam. Kertas kerja ini dibuat beradasarkan kajian perpustakaan yang membincangkan pusat asuhan orang tua menurut perspektif Islam dan juga hak golongan warga emas. Secara amnya, didapati menjaga warga emas ini dalam jangka tempoh masa yang lama menyebabkan penjaga berada dalam keadaan dilema antara tanggungjawab dan juga dalam masa yang sama merasai kesulitan disebabkan masalah-masalah tertentu dalam kehidupan. Hasil kertas kerja ini akan dapat membantu penjaga pusat asuhan menyediakan pelan strategik yang komprehensif untuk melakukan penambahbaikan terhadap program-program yang menjaga kepentingan dan juga hak sosial dalam kalangan warga emas khasnya di Malaysia.