Kajian kepuasan pelanggan terhadap produk pengguna untuk menyokong seni bina produk modular

Rekabentuk modular merupakan suatu kaedah kejuruteraan yang mana dapat meringkaskan struktur dan konfigurasi sesuatu produk, proses atau sistem. Melalui pendekatan modular, sesuatu produk atau proses akan dapat berada di pasaran dengan cepat. Ini merupakan antara ciri-ciri kaedah reka bentuk yang am...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Abdullah, Ahmad Baharuddin, Razali, Norhamimi, Mohd. Ripin, Zaidi
Format: Article
Language:English
Published: Faculty of Mechanical Engineering, UTM 2004
Subjects:
Online Access:http://eprints.utm.my/id/eprint/8261/1/AhmadBaharuddinAbdullah2004_KajianKepuasanPelangganTerhadapProduk.pdf
http://eprints.utm.my/id/eprint/8261/
https://www.researchgate.net/publication/242283278_KAJIAN_KEPUASAN_PELANGGAN_TERHADAP_PRODUK_PENGGUNA_UNTUK_MENYOKONG_SENI_BINA_PRODUK_MODULAR
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Rekabentuk modular merupakan suatu kaedah kejuruteraan yang mana dapat meringkaskan struktur dan konfigurasi sesuatu produk, proses atau sistem. Melalui pendekatan modular, sesuatu produk atau proses akan dapat berada di pasaran dengan cepat. Ini merupakan antara ciri-ciri kaedah reka bentuk yang amat sesuai untuk memenuhi keperluan pengguna yang berbagai dan pantas masa kini. Untuk mencapai tujuan itu, suatu kaji selidik kepuasan pengguna dilakukan untuk mendapat maklumbalas terhadap sesuatu produk yang biasa digunakan seperti produk kipas angin. Keputusan yang diperolehi secara umumnya menunjukkan pengguna amat berpuas hati dengan 85% daripada pengguna mendapati prestasi produk secara keseluruhan adalah memuaskan. Pengguna juga mengharapkan kepelbagaian variasi dalam rekabentuk produk. Selain kriteria pemasangan, peleraian juga dititik-beratkan pengguna bagi memudahkan kerja mencuci habuk yang melekat. Seterusnya, keperluan ini akan disenaraikan mengikut keutamaan dan diterjemahkan ke dalam pernyataan reka bentuk. Berdasarkan keutamaan pengguna, keputusan menunjukkan data yang dapat menyokong seni bina produk modular yang telah dilakukan terhadap produk. Daripada reka bentuk semula, produk kipas angin didapati lebih ringkas dari segi fizikal, ruang untuk menaik-taraf dan meningkatkan variasi yang luas. Kajiselidik ini amat penting dalam melihat tahap kepuasan pelanggan selain dapat mengkaji peluang penerapan reka bentuk modular ke dalam produk sedia ada.