"Kerja projek" matematik tambahan : ke arah pentaksiran matematik yang holistik

Dalam tahun 2000, kurikulum Matematik Tambahan KBSM di peringkat menengah atas telah disemak semula dan dilaksanakan di semua sekolah menengah di Malaysia dua tahun kemudian. Perubahan yang berlaku dalam kurikulum mata pelajaran Matematik Tambahan ini adalah berdasarkan kepada matlamat dan objektif...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Sulaiman, Faridah
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit UTM Press 2006
Subjects:
Online Access:http://eprints.utm.my/id/eprint/8017/1/FaridahSulaiman2006_KerjaProjekMatematikTambahan.PDF
http://eprints.utm.my/id/eprint/8017/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Dalam tahun 2000, kurikulum Matematik Tambahan KBSM di peringkat menengah atas telah disemak semula dan dilaksanakan di semua sekolah menengah di Malaysia dua tahun kemudian. Perubahan yang berlaku dalam kurikulum mata pelajaran Matematik Tambahan ini adalah berdasarkan kepada matlamat dan objektif yang selari dengan perubahan dalam dunia pendidikan matematik semasa. Bagi membolehkan matlamat dan objektif kurikulum tercapai, pertimbangan antara kandungan, pedagogi dan pentaksiran perlu diambil kira. Unsur-unsur ini saling berkait dan perlu diberi perhatian bagi memastikan keberkesanan pelaksanaan kurikulum. Walaupun pertimbangan antara kandungan dan pedagogi telah diambil kira dalam semakan kurikulum ini, namun cara pentaksiran dalam mata pelajaran Matematik Tambahan yang diamalkan, tidak selari dengan matlamat dan objektif kurikulum. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji kesesuaian "Kerja Projek" untuk dijadikan sebagai suatu kaedah pentaksiran yang selari dengan matlamat dan objektif kurikulum. Kesesuaian ini dilihat pada tiga aspek iaitu bagaimana elemen-elemen pentaksiran matematik dalam Kerja Projek dapat membekalkan maklumat mengenai keupayaan pelajar menggunakan pengetahuan matematik, jenis kefahaman matematik yang diperolehi oleh pelajar setelah melaksanakan Kerja Projek dan pandangan pelajar mengenai perbezaan Kerja Projek dengan soalan peperiksaan biasa Matematik Tambahan. Pendekatan kualitatif digunakan dalam kajian mi. Data diperolehi melalui laporan bertulis dan temubual klinikal. Hasil kajian menunjukkan bahawa elemen-elemen pentaksiran matematik yang terkandung dalam Kerja Projek dapat memberikan maklumat mengenai keupayaan pelajar menggunakan pengetahuan matematik dalam menyelesaikan masalah. Kualiti kefahaman matematik pelajar dapat dilihat dengan lebih jelas dalam hasil Kerja Projek mereka. Kerja Projek juga didapati mampu menggerakkan pelajar untuk berfikir dan berkomunikasi secara matematik serta merancang kaedah penyelesaian dengan lebih kreatif. Pelajar juga bersikap lebih kritis dalam menganalisis maklumat apabila berhadapan dengan sesuatu masalah matematik.