Strategi pengurusan konflik pentadbir terhadap iklim sekolah menengah di daerah, Bone, Indonesia

Pengurusan konflik adalah elemen kritikal dan asas kejayaan sesebuah sekolah. Tanpa kecekapan dan keberkesanan dalam menangani kemelut dan konflik di sekolah maka adalah sukar untuk mencapai tahap iklim sekolah yang kondusif. Oleh itu, kajian ini mengkaji secara mendalam gaya dan strategi pengurusan...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Nuddin, Akhry
Format: Thesis
Language:English
Published: 2017
Subjects:
Online Access:http://eprints.utm.my/id/eprint/79227/1/AkhryNuddinPFP2017.pdf
http://eprints.utm.my/id/eprint/79227/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Pengurusan konflik adalah elemen kritikal dan asas kejayaan sesebuah sekolah. Tanpa kecekapan dan keberkesanan dalam menangani kemelut dan konflik di sekolah maka adalah sukar untuk mencapai tahap iklim sekolah yang kondusif. Oleh itu, kajian ini mengkaji secara mendalam gaya dan strategi pengurusan konflik utama yang diamalkan oleh kebanyakan pentadbir, tahap iklim sekolah serta kesan gaya dan strategi pendekatan dalam pengurusan konflik yang dikaitkan dengan pencapaian iklim sekolah menengah. Untuk pengumpulan data, reka bentuk sequational explanatory melalui soal selidik, temu bual dan pemerhatian digunakan dalam kajian ini. Seramai 267 orang pentadbir daripada 28 buah Sekolah Menengah Atas (SMA) Kebangsaan di Bone, Indonesia dipilih menggunakan pendekatan pensampelan rawak berstrata berkadaran. Analisis deskriptif merangkumi skor min, kekerapan, peratusan dan sisihan piawai digunakan untuk menganalisis dapatan kajian. Analisis inferensi dijalankan menggunakan ujian regresi. Dapatan kualitatif diperolehi daripada temu bual dan pemerhatian ke atas pengetua, pembantu pentadbir dan wali kelas di empat buah sekolah yang berbeza dengan latar belakang yang berlainan. Hasil daripada analisis deskriptif menunjukkan bahawa gaya kerjasama dan pendekatan strategi meleraikan mencatatkan skor min yang tinggi, iaitu 3.81 dan 4.36 ketika berurusan dengan pihak yang terlibat dalam konflik. Hasil kajian ini membuktikan bahawa gaya kerjasama dan pendekatan meleraikan adalah strategi yang utama diguna pakai dalam kalangan pentadbir SMA untuk pengurusan konflik. Di samping itu, kajian ini juga menunjukkan bahawa iklim sekolah dari perspektif pencapaian akademik dan disiplin sekolah dengan min skor 3.81 dan 3.73 berada dalam kategori tinggi untuk mewujudkan iklim sekolah yang kondusif. Aspek iklim sekolah yang lain seperti pengurusan kepimpinan (min 3.60), hubungan interpersonal (min 3.46), pengajaran dan pembelajaran (min 3.60), dan kemudahan fizikal (min 3.17) berada dalam kategori sederhana. Selanjutnya, hasil daripada pengujian hipotesis menunjukkan bahawa gaya pengurusan konflik dan pendekatan strategi pengurusan konflik menyumbang sebanyak 69.9% dan 77.8% kepada pencapaian iklim sekolah. Hasil kajian ini diperkukuhkan lagi dengan analisis data daripada temu bual dan pemerhatian. Dapat disimpulkan bahawa hasil kajian yang diperolehi boleh menyumbang kepada perkembangan ilmu pengetahuan dalam bidang pengurusan konflik dan sebagai rujukan umum pada masa akan datang. Oleh itu, implikasinya adalah pentadbir sekolah perlu memahami dan mengamalkan gaya dan pendekatan strategi pengurusan konflik untuk pencapaian yang lebih cekap dan berkesan di sekolah. Dengan yang demikian, kajian ini menunjukkan bahawa program pengurusan konflik perlu dilaksanakan di semua sekolah menengah di Indonesia.