Kajian radiologi alam sekitar Semenanjung Malaysia dan anggaran implikasi radiologi menggunakan kod simulasi Monte Carlo

Setiap manusia terdedah kepada pelbagai jenis dedahan sinaran mengion dari sumber-sumber semulajadi dan buatan manusia. Penganggaran dos berkesan tahunan yang diterima oleh orang awam akibat dedahan sinaran mengion adalah sesuatu yang diperuntukkan bagi penilaian komprehensif risiko orang awam terha...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Mohd. Sanusi, Mohamad Syazwan
Format: Thesis
Language:English
Published: 2017
Subjects:
Online Access:http://eprints.utm.my/id/eprint/79142/1/MohamadSyazwanPFS2017.pdf
http://eprints.utm.my/id/eprint/79142/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
id my.utm.79142
record_format eprints
spelling my.utm.791422018-09-30T08:23:16Z http://eprints.utm.my/id/eprint/79142/ Kajian radiologi alam sekitar Semenanjung Malaysia dan anggaran implikasi radiologi menggunakan kod simulasi Monte Carlo Mohd. Sanusi, Mohamad Syazwan Q Science (General) Setiap manusia terdedah kepada pelbagai jenis dedahan sinaran mengion dari sumber-sumber semulajadi dan buatan manusia. Penganggaran dos berkesan tahunan yang diterima oleh orang awam akibat dedahan sinaran mengion adalah sesuatu yang diperuntukkan bagi penilaian komprehensif risiko orang awam terhadap kesan-kesan stokastik sinaran, dan bagi memenuhi syarat piawai sistem perlindungan radiologi orang awam yang digariskan oleh suruhanjaya ICRP dan agensi IAEA. Kajian ini telah dilakukan bagi menganggarkan dos berkesan tahunan dan risiko stokastik yang diterima orang awam di Semenanjung Malaysia akibat dedahan sinaran mengion dari sumber keradioaktifan alam sekitar dan antropogenik di Semenanjung Malaysia. Kajian ini telah menggunakan kaedah pengukuran in-situ berdasarkan instrumen spektrometer gama, pengesanan sintilasi dan kaedah numerik iaitu simulasi bagi penganggaran kerma dalam udara dan dos organ berdasarkan teknik Monte Carlo MCNP5. Kajian ini mendapati purata dos berkesan tahunan yang diterima oleh orang awam di Semenanjung Malaysia adalah 2.8 mSv (0.01 – 10 mSv). Nilai ini adalah setanding dengan nilai-nilai yang dianggarkan di Amerika Syarikat, 2.9 mSv; United Kingdom, 2.3 mSv; Jerman, 2.1 mSv; dan nilai purata global 2.4 mSv yang dianggarkan oleh jawatankuasa UNSCEAR. Sumber dedahan sinaran yang paling dominan (0.87 mSv) adalah pancaran sinaran γ dari siri radionuklid 238U, 232Th, dan 40K dalam kediaman, dan diikuti oleh dedahan sinaran dalaman akibat penyedutan gas 222Rn, 220Rn dan progeninya (0.86 mSv), dan akibat penelanan siri 238U, 232Th, 40K dan 137Cs dalam diet pemakanan (0.59 mSv). Sumbangan dedahan sinaran kosmik pula adalah 0.28 mSv berdasarkan hipsograf beraltitud 0 – 50 m dan peratusan demografi 83% populasi menetap di wilayah persisiran pantai. Sumbangan dedahan sinaran paling rendah (0.18 mSv) adalah sumber sinaran γ daratan dari siri 238U, 232Th, 40K dan 137Cs dalam sistem litologi di Semenanjung Malaysia. Dos dedahan sinaran γ daratan yang rendah yang diterima oleh orang awam adalah disebabkan oleh faktor demografi populasi yang majoritinya menetap di wilayah pesisiran pantai iaitu di luar zon igneus plutonik dan volkanik, selain dos setara organ yang rendah akibat pancaran foton γ dari sumber antropogenik 137Cs (< 0.1 nSv j⁻1). Sumbangan dos setara organ yang rendah dari 137Cs ini adalah disebabkan oleh impak kecil luruhan nuklear dari ujian senjata nuklear global dan kemalangan nuklear di Chernobyl dan Fukushima dengan keluasan kontaminasi 137Cs ~ 312 Bq m⁻2. Kajian ini mendapati anggaran risiko kesan stokastik akibat dedahan 2.8 mSv setahun adalah terlalu kecil iaitu kurang daripada 6 kes per 10,000 orang. Nilai purata dos berkesan 2.8 mSv setahun yang diterima oleh orang awam di Semenanjung Malaysia ini diklasifikasikan sebagai dos aras rendah dan normal bagi sumber sinaran mengion. Bagi kes dedahan dos normal, aras rujukan 1–20 mSv setahun dan pengkelasan situasi “dedahan sedia ada” dari ICRP adalah terpakai dan relevan bagi tujuan perlindungan radiologi orang awam di Semenanjung Malaysia. 2017 Thesis NonPeerReviewed application/pdf en http://eprints.utm.my/id/eprint/79142/1/MohamadSyazwanPFS2017.pdf Mohd. Sanusi, Mohamad Syazwan (2017) Kajian radiologi alam sekitar Semenanjung Malaysia dan anggaran implikasi radiologi menggunakan kod simulasi Monte Carlo. PhD thesis, Universiti Teknologi Malaysia, Faculty of Science.
institution Universiti Teknologi Malaysia
building UTM Library
collection Institutional Repository
continent Asia
country Malaysia
content_provider Universiti Teknologi Malaysia
content_source UTM Institutional Repository
url_provider http://eprints.utm.my/
language English
topic Q Science (General)
spellingShingle Q Science (General)
Mohd. Sanusi, Mohamad Syazwan
Kajian radiologi alam sekitar Semenanjung Malaysia dan anggaran implikasi radiologi menggunakan kod simulasi Monte Carlo
description Setiap manusia terdedah kepada pelbagai jenis dedahan sinaran mengion dari sumber-sumber semulajadi dan buatan manusia. Penganggaran dos berkesan tahunan yang diterima oleh orang awam akibat dedahan sinaran mengion adalah sesuatu yang diperuntukkan bagi penilaian komprehensif risiko orang awam terhadap kesan-kesan stokastik sinaran, dan bagi memenuhi syarat piawai sistem perlindungan radiologi orang awam yang digariskan oleh suruhanjaya ICRP dan agensi IAEA. Kajian ini telah dilakukan bagi menganggarkan dos berkesan tahunan dan risiko stokastik yang diterima orang awam di Semenanjung Malaysia akibat dedahan sinaran mengion dari sumber keradioaktifan alam sekitar dan antropogenik di Semenanjung Malaysia. Kajian ini telah menggunakan kaedah pengukuran in-situ berdasarkan instrumen spektrometer gama, pengesanan sintilasi dan kaedah numerik iaitu simulasi bagi penganggaran kerma dalam udara dan dos organ berdasarkan teknik Monte Carlo MCNP5. Kajian ini mendapati purata dos berkesan tahunan yang diterima oleh orang awam di Semenanjung Malaysia adalah 2.8 mSv (0.01 – 10 mSv). Nilai ini adalah setanding dengan nilai-nilai yang dianggarkan di Amerika Syarikat, 2.9 mSv; United Kingdom, 2.3 mSv; Jerman, 2.1 mSv; dan nilai purata global 2.4 mSv yang dianggarkan oleh jawatankuasa UNSCEAR. Sumber dedahan sinaran yang paling dominan (0.87 mSv) adalah pancaran sinaran γ dari siri radionuklid 238U, 232Th, dan 40K dalam kediaman, dan diikuti oleh dedahan sinaran dalaman akibat penyedutan gas 222Rn, 220Rn dan progeninya (0.86 mSv), dan akibat penelanan siri 238U, 232Th, 40K dan 137Cs dalam diet pemakanan (0.59 mSv). Sumbangan dedahan sinaran kosmik pula adalah 0.28 mSv berdasarkan hipsograf beraltitud 0 – 50 m dan peratusan demografi 83% populasi menetap di wilayah persisiran pantai. Sumbangan dedahan sinaran paling rendah (0.18 mSv) adalah sumber sinaran γ daratan dari siri 238U, 232Th, 40K dan 137Cs dalam sistem litologi di Semenanjung Malaysia. Dos dedahan sinaran γ daratan yang rendah yang diterima oleh orang awam adalah disebabkan oleh faktor demografi populasi yang majoritinya menetap di wilayah pesisiran pantai iaitu di luar zon igneus plutonik dan volkanik, selain dos setara organ yang rendah akibat pancaran foton γ dari sumber antropogenik 137Cs (< 0.1 nSv j⁻1). Sumbangan dos setara organ yang rendah dari 137Cs ini adalah disebabkan oleh impak kecil luruhan nuklear dari ujian senjata nuklear global dan kemalangan nuklear di Chernobyl dan Fukushima dengan keluasan kontaminasi 137Cs ~ 312 Bq m⁻2. Kajian ini mendapati anggaran risiko kesan stokastik akibat dedahan 2.8 mSv setahun adalah terlalu kecil iaitu kurang daripada 6 kes per 10,000 orang. Nilai purata dos berkesan 2.8 mSv setahun yang diterima oleh orang awam di Semenanjung Malaysia ini diklasifikasikan sebagai dos aras rendah dan normal bagi sumber sinaran mengion. Bagi kes dedahan dos normal, aras rujukan 1–20 mSv setahun dan pengkelasan situasi “dedahan sedia ada” dari ICRP adalah terpakai dan relevan bagi tujuan perlindungan radiologi orang awam di Semenanjung Malaysia.
format Thesis
author Mohd. Sanusi, Mohamad Syazwan
author_facet Mohd. Sanusi, Mohamad Syazwan
author_sort Mohd. Sanusi, Mohamad Syazwan
title Kajian radiologi alam sekitar Semenanjung Malaysia dan anggaran implikasi radiologi menggunakan kod simulasi Monte Carlo
title_short Kajian radiologi alam sekitar Semenanjung Malaysia dan anggaran implikasi radiologi menggunakan kod simulasi Monte Carlo
title_full Kajian radiologi alam sekitar Semenanjung Malaysia dan anggaran implikasi radiologi menggunakan kod simulasi Monte Carlo
title_fullStr Kajian radiologi alam sekitar Semenanjung Malaysia dan anggaran implikasi radiologi menggunakan kod simulasi Monte Carlo
title_full_unstemmed Kajian radiologi alam sekitar Semenanjung Malaysia dan anggaran implikasi radiologi menggunakan kod simulasi Monte Carlo
title_sort kajian radiologi alam sekitar semenanjung malaysia dan anggaran implikasi radiologi menggunakan kod simulasi monte carlo
publishDate 2017
url http://eprints.utm.my/id/eprint/79142/1/MohamadSyazwanPFS2017.pdf
http://eprints.utm.my/id/eprint/79142/
_version_ 1643658109941448704
score 13.18916