Analisa kepimpinan pengetua sekolah menengah di Johor

Masyarakat meletakkan harapan yang tinggi kepada sekolah dalam usaha melahirkan warga negara yang berilmu, bermoral serta berkemahiran tinggi. Pengetua dituntut supaya memimpin sekolah dengan berkesan. Namun, masih terdapat kelemahan dalam kepemimpinan pengetua. Tujuan umum kajian adalah untuk menen...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Mohd. Tahir, Lokman, Said, Hamdan, Sidek, Rosni Zamuddin Shah, Yassin, M. Al-Muzammil, Mohd. Yusof, Sanitah
Format: Monograph
Published: Faculty of Education 2009
Subjects:
Online Access:http://eprints.utm.my/id/eprint/7870/
http://www.penerbit.utm.my
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Masyarakat meletakkan harapan yang tinggi kepada sekolah dalam usaha melahirkan warga negara yang berilmu, bermoral serta berkemahiran tinggi. Pengetua dituntut supaya memimpin sekolah dengan berkesan. Namun, masih terdapat kelemahan dalam kepemimpinan pengetua. Tujuan umum kajian adalah untuk menentukan stail kepemimpinan pengetua dan secara khusus objektif kajian adalah menghuraikan stail kepemimpinan yang lazim diamalkan bersandarkan Model Empat Rangka Kepemimpinan Bolman dan Deal yang mengemukakan empat stail kepemimpinan iaitu kepemimpinan sumber manusia, kepemimpinan simbolik, kepemimpinan politik dan kepemimpinan struktural. Kajian juga cuba menerangkan kesan faktor latar belakang dan jenis sekolah terhadap stail kepemimpinan pengetua. Kajian dilaksanakan di 35 buah sekolah menengah di Johor yang merangkumi Sekolah Menengah Kebangsaan, Sekolah Menengah Teknik, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama, Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Sukan. Kaedah tinjauan menggunakan dua soal selidik utama iaitu Orientasi Kepemimpinan (Lain) dan Orientasi Kepemimpinan (Sendiri). adalah kaedah utama kajian. Sejumlah 1,705 orang guru dan 34 orang pengetua yang dipilih melalui persampelan berstrata. Kajian mendapati pengetua telah mengamalkan keempat stail kepemimpinan yang diperkatakan oleh Bolman dan Deal dan kepemimpinan sumber manusia dinilai sebagai stail kepemimpinan yang lazim diamalkan manakala kepemimpinan politik pula adalah stail kepemimpinan yang paling jarang digunakan. Kajian juga menunjukkan bahawa perbezaan dalam stail kepemimpinan pengetua adalah disebabkan oleh faktor jenis sekolah manakala ciri latar belakang pengetua tidak mempengaruhi stail kepemimpinannya. Implikasi kajian menyentuh tentang perlunya pengetua memperluas amalan kepemimpinan politik ketika mentadbir, mempertingkatkan profesionalisme diri pengetua sebagai suri teladan dan menerapkan ilmu pengurusan emosi dalam modul latihan kepengetuaan.