Sains Islam dan Hukum Alam: Satu Perbahasan

Zaman yang serba moden dan canggih tika ini, ilmu pengetahuan dan teknologi bergerak seiring dan mengalami perubahan yang sangat drastik. Manakala ilmu agama semakin dipinggirkan seolah-olah tiada kepentingan lagi. Hal ini terjadi disebabkan wujud percanggahan antara ilmu pengetahuan dan agama yang...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Samuri, Sufaat, A. Aziz, Mohd Faiz, Jasmi, Kamarul Azmi
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: 2018
Subjects:
Online Access:http://eprints.utm.my/id/eprint/78458/1/4%20SufaatSamuri2018_SainsIslam%26HukumAlam.43-58.pdf
http://eprints.utm.my/id/eprint/78458/
https://www.researchgate.net/project/Seminar-Tamadun-Islam-2018
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Zaman yang serba moden dan canggih tika ini, ilmu pengetahuan dan teknologi bergerak seiring dan mengalami perubahan yang sangat drastik. Manakala ilmu agama semakin dipinggirkan seolah-olah tiada kepentingan lagi. Hal ini terjadi disebabkan wujud percanggahan antara ilmu pengetahuan dan agama yang tidak diselesaikan dengan segera. Eksiklopedia dan filsafat Islam jelas menunjukkan bahawa Allah SWT mengutus Nabi Muhammad SAW untuk mengajak manusia menganuti agama Islam, berdakwah dan menyebarkannya ke seluruh dunia. Islam mengajar manusia mengenai undang-undang kehidupan dengan cara yang mudah difahami. Ciri yang membezakan Islam dengan agama yang lain adalah penekanan Islam terhadap ilmu (sains), cara hidup, hukum alam dan lain-lain. Al-Quran dan sunah mengajar manusia untuk mencari dan mendapatkan ilmu dan kearifan dalam pelbagai bidang, serta menempatkan orang yang berpengetahuan pada darjat yang tinggi. Jadi jelas menunjukkan bahawa ilmu itu sangat penting dan apa yang disampaikan melalui ayat al-Quran dan hadis tentang ilmu ini bersifat umum sama ada ilmu yang dicari bermanfaat atau sebaliknya. Ilmu yang bermanfaat adalah ilmu yang mendekatkan manusia dengan pencipta dalam bentuk pengabdian manusia kepada-Nya.