Penilaian perisian multimedia bertajuk pythagoras theorem form two dari aspek reka bentuk dan pencapaian pelajar

Kajian ini bertujuan untuk menilai perisian multimedia bagi pembelajaran Matematik bertajuk “Pythagoras Theorem Form Two� berdasarkan kesesuaiannya dari aspek objektif, isi kandungan, reka bentuk antaramuka dan reka bentuk interaksi. Disamping itu kajian ini turut melihat keberkesanan perisian t...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Tasir, Zaidatun, Harun, Jamalludin, Alip, Rasman
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: 2008
Subjects:
Online Access:http://eprints.utm.my/id/eprint/7800/1/P38-Zaidatun.pdf
http://eprints.utm.my/id/eprint/7800/
http://dms.library.utm.my:8080/vital/access/manager/Repository/vital:102389
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan untuk menilai perisian multimedia bagi pembelajaran Matematik bertajuk “Pythagoras Theorem Form Two� berdasarkan kesesuaiannya dari aspek objektif, isi kandungan, reka bentuk antaramuka dan reka bentuk interaksi. Disamping itu kajian ini turut melihat keberkesanan perisian tersebut terhadap pencapaian pelajar dan pencapaian pelajar berdasarkan jantina selepas menggunakan perisian. Kajian ini adalah sebuah kajian deskriptif berbentuk kuantitatif. Instrumen kajian yang digunakan untuk mengumpul data ialah borang penilaian perisian serta ujian pencapaian pra dan pos. Skala Likert empat mata telah digunakan dalam borang penilaian perisian. Responden kajian terdiri daripada 48 orang pelajar sebuah sekolah di daerah Kota Belud, Sabah. Data kuantitatif dianalisis menggunakan perisian SPSS versi 14.0. Dapatan kajian menunjukkan responden memberi persepsi yang positif terhadap kesesuaian objektif (min = 3.29), isi kandungan (min = 3.07), dan reka bentuk antaramuka (min = 3.11). Namun begitu, responden memberi persepsi kurang memuaskan terhadap reka bentuk interaksi (min = 2.82). Hasil analisis ujian T, Paired Sample T-Test pula menunjukkan wujud perbezaan yang signifikan di antara pencapaian pelajar dalam ujian sebelum (min = 2.77) dan selepas (min = 4.79) menggunakan perisian multimedia tersebut pada a = 0.05 (p = 0.00). Walaupun demikian, hasil analisis ujian T, Paired Sample T-Test menunjukkan tidak wujud perbezaan yang signifikan antara pencapaian pelajar lelaki (min = 4.50) dan pelajar perempuan (min = 5.08) selepas menggunakan perisian (a = 0.05, p = 0.219).