Pemetaan hubungan jarak perjalanan pesalah juvana dan lokasi kejadian jenayah menggunakan sistem maklumat geografi

Peningkatan kes jenayah dalam kalangan juvana amat ketara dari tahun ke tahun telah merisaukan banyak pihak terutamanya ibu bapa dan masyarakat. Juvana merupakan golongan yang mudah terdedah kepada pelbagai ancaman yang boleh wujud dalam berbagai bentuk. Pemahaman taburan kejadian jenayah juvana yan...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Zainon, Othman, Nik Mahmood, Nik Hasnaa, Masrom, Maslin, Wan Zakaria, Wan Normeza, Rasheed, Mohamed Kutty, Mohd. Ali, Nor Raihana, Amerudin, Shahabuddin, Hashim, Mohamad Ghazali, Jamil, Rossilah, Bakar, Al Azmi, Abd. Khalid, Nurul Hidayah, Zulkeefly, Dana, Khor, Siew Yee, Noor Azmy, Suzanna, Amyra, Nabila Yusof, Loh, Siew Lik
Format: Conference or Workshop Item
Published: INSTITUT SOSIAL MALAYSIA 2016
Subjects:
Online Access:http://eprints.utm.my/id/eprint/67083/
http://umconference.um.edu.my/ICSI2016
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Peningkatan kes jenayah dalam kalangan juvana amat ketara dari tahun ke tahun telah merisaukan banyak pihak terutamanya ibu bapa dan masyarakat. Juvana merupakan golongan yang mudah terdedah kepada pelbagai ancaman yang boleh wujud dalam berbagai bentuk. Pemahaman taburan kejadian jenayah juvana yang merangkumi sudut geografi, spatial dan sosial adalah penting bagi pembentukan intervensi pencegahan jenayah juvana yang tepat. Atas kesedaran ini, kajian ini telah dijalankan dengan memfokuskan golongan kanak-kanak (di bawah 18 tahun) dan pesalah muda (18 hingga 21 tahun) yang meliputi Semenanjung Malaysia menggunakan teknologi Sistem Maklumat Geografi (GIS). GIS membenarkan data diurus secara geografi yang mana lokasi sesuatu objek di mukabumi dan hubungannya dengan persekitarannya diambil kira dalam menganalisis sesuatu fenomena. GIS adalah alat yang dapat membantu dalam menentukan lokasi kejadian jenayah dan menentukan faktor-faktor geografi seperti infrastruktur, faktor persekitaran dan hubung kait antara alamat suspek dan lokasi kejadian jenayah. Hasil pemetaan dan analisis ini membenarkan kita mencari jawapan untuk persoalan apa, di mana, mengapa dan bila bagi sesuatu fenomena. Data jenayah indeks juvana telah dibekalkan oleh PDRM yang merangkumi statistik dari tahun 2010 hingga 2014 di Semenanjung Malaysia. Analisis kluster alamat suspek dan lokasi kejadian jenayah telah dijalankan. Dapatan utama kajian ini mendapati 83% daripada pesalah juvana melakukan jenayah dalam linkungan 25 kilometer atau kurang dari alamat tempat tinggal mereka yang mempunyai ciri-ciri infrastruktur dan fizikal yang sama.